Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




INGATAN UNTUK Jamal dan Osman!!!

Buat dua orang yang nak melompat ni aku nak bagi tau satu je...hak anda untuk memilih parti akan tetapi korang kena ingat yang dipertaruhkan ialah RAKYAT PERAK!!Korang bukan sedang memeperjudikan kedudukan korang akan tetapi ini melibatkan KOMUNITI TERBESAR iaitu RAKYAT!!!Amat Besarlah tanggungjawab korang apabila ini berlaku dan pastinya RAKYAT antara yang akan MARAH!!!

Aku copy dari blog ni :

NASIHAT PENTING UNTUK JAMALUDIN & OSMAN

Adalah hak kamu untuk memilih parti mana pilihan kamu. Jika kamu memilih UMNO ... silakan berbuat demikian! Kami menerima dengan lapang dada dan penuh keterbukaan. Andai UMNO dapat memujuk atau membeli seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat selepas kamu berdua, maka bertukarlah Kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN. Jika hal itu berlaku, maka amat besarlah saham kamu kepada peralihan itu.

Kami pasti tabah menghadapi realiti. Dulu parti kami bukan kerajaan. Sekarang sebagai kerajaan. Jika kembali menjadi parti bukan kerajaan, kami tidak kekok kerana telah lama berpengalaman. Namun kami PASTI tidak akan melupakan kamu jika kamulah sebab dan puncanya.

Kamu juga tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang walau pun tiada siapa di kalangan kami yang akan menyakiti kamu. Kamu akan 'tak keruan' seumur hidup bersebabkan gangguan dari dalam diri kamu sendiri. Allah tidak pernah lalai daripada memerhati dan mengawasi kamu dan kami.

Tak mungkin ada alasan yang wajar bagi kamu untuk mendiami rumah UMNO yang jijik itu. Kamu sendiri lebih tahu kebangkrapan nilai dan prinsip dalam tubuh UMNO. Kamu juga tahu betapa jahatnya UMNO termasuk rencana memerangkap kamu dengan tuduhan rasuah.

Sebelum melangkah jauh, kamu dinasihatkan supaya beristikharah memohon ilham dan petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Jika benar kamu masih beriman kepada Allah maka itulah satu-satunya sumber penentuan langkah yang pasti benar dan tidak akan merugikan kamu. Bertanyalah kepadaNya!

NASIHAT KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT


Bertenang! Khabar ini masih belum sahih. Belum ada apa-apa pengumuman yang resmi. Be cool!

Posted By ciberboron to jeritan minda politik malaysia

2 comments:

iam_khufu berkata...

Kami mengundi anda pada masa lalu bukanlah disebabkan kami inginkan anda melakukan sesuatu untuk kami tetapi lebih kepada bencinya kami terhadap BN. Kamu berdua berhak melompat Parti, tetapi jangan jadi Pemimpin UMNO/BN kalau parti lain tak per

Anak Kuala berkata...

takpalah kalau deme melompat sebab deme dua dua ni melayu. kan kat perak melayu sokong umno