Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kematian Kugan: Suruhanjaya Diraja Untuk Polis Diraja
















Membunuh satu jiwa, sama seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu Al Qur'an menanam rasa kemanusian.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh tentera Israel, mau pun Kugan, rakyat kita yang mati dalam tahanan polis. Pembunuhan ini tidak boleh dibiarkan tanpa penghukuman.

Kami berpeluang menziarahi keluarga Kugan di Kinrara, Kuala Lumpur dan mendengar sendiri luahan kesedihan keluarga beliau mengenai misteri yang menyelubungi kematian itu. Seluruh badan Kgan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis.

Apa kesalahan Kugan masih belum jelas. Prinsip 'tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' nampaknya tak dihormati. Media menggunakan tag line 'pencuri kereta mewah', untuk memberikan imej negatif kepada Kugan. Kata-kata seperti itu menambahkan lagi luka dan kepiluan kepada keluarga Kugan dan masyarkat India juga.

Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!

Jika pelbagai pihak menuntut penubuhan sebuah Suruhajya Siasatan Diraja, ia lebih dari wajar.

Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?
Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.

Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.
Al Qur'an menyentuh jiwa kemanusian manusia yang telah melakukan pembunuhan dan juga manusia lain yang perlu bertindak menyekat perbuatan seperti itu dengan pertanyaan abadi dunia sampai padang Mahsyar: "Atas dosa apakah ia dibunuh" "For what sin they had been killed?" - Al Qur'an, Surah At Takwir: Ayat 9.
(Foto diambil di rumah keluarga Kugan. Hadhir sama, Dato Sri Anwar, MB Selangor, YB Dr Mariah, YB Wee Choo Keong dan lain-lain - 26 Jan 2009)
__._,_.___



6 comments:

PAPA GOMO berkata...

EMMM U KENA FIKIR PAKAI AKAL YANG WARAS MENGENAI ISU KEMATIAN PENJENAYAH KUGAN NI.

11 ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT DALAM KES INI ADAKAH KESEMUANYA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN???

KAJI DULU JANGAN HAMTAM JE....

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

pada yang terlibat memang tak ada peri kemanusiaan..apa pun masalahnya perlukah dia sampai dibunuh???

GOMO : u kena fikir,biarpun dia penjenayah curik kereta namun dia juga manusia..kalau u duk tempat dia amacam????polis ada kes atau tak depa memang suka menghentak orang itu dah jadi budaya depa...

kita memang marah sebab kan depa ni buat jahat tapi tak sampai nak bunuh depa...orang yang takde pertimbangan akal je yang sanggup buat macam tu....ISLAM TAK AJAR KITA ZALIM PADA!!! ORANG UMNO TU AKU TAK TAU LA SEBAB ITUKAN BUDAYA KORANG....

Sweet_Gurl berkata...

" 11 ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT DALAM KES INI ADAKAH KESEMUANYA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN??? "

KALAU DALAM 11 ANGGOTA POLIS 1 ANGGOTA BERPERIKEMANUSIAAN.. MESTI DAH BERITAHU 10 YANG LAIN UNTUK BERHENTI ATAU TAMPIL KE HADAPAN UNTUK BERI KETERANGAN... KENAPA NAK BERSELINDUNG... ATAUPUN KENALAH BERITAHU PIHAK ATASAN KALAU TAK BERSUBAHAT....

INI ISU SERIUS... INI BOLEH BERLAKU KEPADA SIAPA-SIAPA SAJE

shahboy berkata...

nama pun penjenayah paham2 je la .. emm masih lagi ada orang cakap penjenayah ni bagus.. emm dunia dah terbalik.. ;)

shahboy berkata...

emm bagi sya curi kereta tu tak berperi kemanusiaan la ye.. tu sya tahu dia curi kereta je .. yang lain tak tahu kan... emm sy tahu anda lebih pandai menilai dari sy...
teruskan usaha anda.. ;)

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

sahboy..mencuri memang salah tapi takan sampai kita nak bunuh orang...nak soal siasat pun guna la akai...jangan guna nafsu,sebab tu amarah menguasai diri...kesannya boleh tengok sekarang...POLIS UNTUK TOLONG RAKYAT BUKAN BUNUH ORANG!!!!

ADOIYAIII!!!