Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




UMNO ADA KEBEBASAN BERSUARA????

Seorang bloger UMNO (http://sangkut.org/) dan ketua Puteri cawangan antara lima yang digantung keahlian antara satu hingga enam tahun kerana didapati bersalah melanggar perlembagaan Umno dan tata etika ahli.

Bloger berkenaan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Taiping, Muzamir Ismail digantung keahlian setahun bermula 23 Januari lalu.

Wahai Blogger UMNO, ayuh menyertai Pakatan Rakyat. ADUN BOTA dah sertai...anda bila lagi... Dari kena gantung tak bertali... Tunjukkan anda juga ada maruah

Antara kenyataan maaf dalam posting terbaru dalam blognya ialah

Permohonan Maaf Terbuka

Saya Mohon Maaf Kepada Ahli-ahli UMNO January 22nd, 2009 by admin Asalamualaikum warahmattullahiwabarokatuh, Saya Muzamir Bin Hj Ismail, Pemilik weblog sangkut (www.sangkut.org) dan sangkut2.blogspot.com, sebagai seorang ahli UMNO memohon maaf dan menarik balik segala posting dalam blog blog saya, memohon maaf dengan penuh kesal kepada UMNO Malaysia, Pemimpin pemimpin UMNO dan ahli ahli UMNO secara keseluruhannya. Saya mengakui segala kesilapan saya semasa mengkritik kepimpinan Dato Seri Abdullah haji Ahmad Badawi. dan saya menarik kembali segala kata kata nista dan tuduhan terhadap UMNO dan Ahli ahli umno dengan sekesal kesalnya. Secara terbuka dan lapang dada saya sesungguhnya memohon maaf kepada semua Ahli ahli UMNO malaysia kerana kelantangan saya selama ini sedikit sebanyak telah menguris hati sesetengah ahli ahli UMNO. Saya juga akan menutup blog blog saya dan saya telah memadam segala artikel artikel yang telah saya tulis selama hampir 4 tahun.


Segala salah dan silap adalah dari saya sendiri dan saya mengakui dan memohon maaf sekiranya menguris sesetengah pihak baik dalam dan luar UMNO khususnya. Dengan penuh kesal dan rendah diri saya berserah takdir kepada yang Esa, sekiranya apa apa tindakan yang akan diambil kepada saya. Para sahabat seperjuangan UMNO doa doakanlah kesejahteraan buat pemimpin pemimpin umno terdahulu. InsyaAllah, kita semua akan dilindungi Nya. Salam Perjuangan dari Saya Muzamir Bin Hj Ismail Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman sri kota Bahagian Taiping 22 Januari 2009 Jam 3.18 Petang Jalan Air Kuning Segala pertanyaan boleh ditujukan kepada muzamir.ismail@gmail.com

-PEMUDA BESUT

Sya : Cakap tak serupa Bikin,ini yang berlaku dalam UMNO sekarang..Bayangkan ahli UMNO yang nak menegur pemimpin akhirnya diambil tindakan...Hanya kerana mengkritik pemimpin di blog beliau...nampak sangat tak buat salah pemimpin UMNO ni itu pasal diaorang asyik nak kena puji je...Kebebasan Suara dinafikan dalam UMNO so lepas ni semua pakat puji je yang buruk Peram buat pekasam....Adoiyai!!!

2 comments:

Anak Kuala berkata...

cuba hang tulis kutuk nizar atau anwar. Baru hangn tau diaorang ni bebas ke tak? buat dulu baru bercakap

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

salam...mungkin anak kuala tak pernah masuk blog sya kot..kalau anak kuala nak tau sya pernah menegur kepimpinan termasuk DSAI,DSWA,NIZAR dan beberapa kepimpinan lagi...Alhamdulillah suara Rakayat diambil serious dan dipandang dengan baik...tak pun dia marah pada sya...malahan ucap terima kasih lagi ada...anak kuala...!!relaks..jangan emosi...