Di dalam kekecohan isu YB Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno kita dapat mengesan sesuatu yang mengambarkan PKR Perak sendiri bergolak secara langsung dan tidak langsung.Esok Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi ke Bota Kanan.
Harap Datuk Seri Anwar akan menanyakan kemana perginya dua exco PKR menghilang semasa sambutan YB Nasaruddin ke pejabat MB semalam.Inilah gambaran apabila orang lain yang berusaha sapi dapat nama.Saudara Usaili yang berusaha keras menarik YB Nasaruddin pun tidak di jemput.Tanyalah orang DUN Bota siapa yang tak kenal Hj . Usaili dari wakil rakyat dulu sampai sekarang tetap mengutamakan parti dari kepentingan sendiri.Wakil rakyat orang mati dan wakil rakyat orang kawin mengambarkan betapa mesra rakyatnya beliau.Teman kawin pun dia datang hehehe...
Rakyat melihat dan tahu susur galur perkembangan PKR Perak,siapa yang kuat dan bagus buat kerja telah ramai di ketepikan.Teman bukan ahli PKR mahu pun PAS tapi tahu akan talam 18 muka dalam PKR Perak.Budaya cantas mencantas di bawa dari Umno.Harap Datuk Seri Anwar menilai dari pelbagai sumber dan jangan bersandarkan kepada orang sekeliling sahaja.2 exco dari PKR telah gagal menjalan tugas,untuk PRU akan datang carilah golongan yang codek sikit ilmunya dan mulia sifatnya.PKR Perak telah membuang ahlinya yang berkemampuan dan mengambil mereka yang pandai membodek seterus mengutamakan kepentingan peribadi.
Lihatlah AMK Perak bergerak bertopengkan AMK dan berusaha melahap apa yang boleh membuncitkan perut..bukan semua AMK Perak tapi ia semakin membarah.Bagi peringkat negeri terlalu perlahan program yang mendekati masyarakat.Harap dalam ceramah malam esok Datuk Seri Anwar bagi teguran sedikit buat PKR Perak.
Kita jangan hanya dilamun mimpi indah dengan kemasukkan YB Nasaruddin,kerana dua exco ini tiada semangat pakatan rakyat.Yang betul-betul kuat PKR telah keluar jadi bloggers macam MSK dari Perak Express...otaknya jauh kehadapan memang express tak terikut deme...penyudahnya kene humban oleh PKR sendiri.Udah menjadi satu kerugian..kita kena berjuang demi kepentingan ramai bukan sendiri...
Teman bukan nak kempen untuk Hj . Usaili dan Mat Saman Kati,tapi itulah antara contoh-contoh insan yang berguna untuk rakyat..banyak lagi yang memerap dalam dan luar parti..malas nak turut serta dalam kepartian kerana masalah dengki mendengki ni masih subur dalam ahli PKR yang beranak di dalam Umno dulu..
-Telok Bakong Online
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
6 comments:
Salam Sya,
Betul ke kata orang-orang tua dulu: Bila dapat gading bertuah, tanduk dah berguna lagi?
Bila dapat rotan yang comel, akar di tangan langsung dibuang?
...pembetulan:
tanduk dah tak berguna lagi?
salam...pengasas,
betul la pengasa itu yang kita takutkan...bila pejuang yang baru disanjung yang lama dibiarkan..ini masalahnya!!harap surat ni di baca oleh DS sebab ini penting!!!
ada juga betulnya,,,tapi kadang-kadang perlu juga yang baru diketengahkan,yang lama tu bukannya dilupakan,,,tapi ada setengahnya tu memang tak menyinarpun walaupu cuba digilap,,(harap faham)tapi bukanlah diketepikan terus,,,
salam....faham sya,hormat kepada yang tua dan sayang kepada yang muda..maksud lain akan tetapi ertinya sama..yang tua tak terluka yang muda tak terasa!!...itu pendapat sya...
SALAM ADIK SYA??
ADAKAH SEKS ITU SEDEKAH???
RUJUKAN DARI KENYATAAN EXCO PKR...
SEKS SEDEKAH???
Catat Ulasan