Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Abdullah syukur Rang Undang-undang SPRM lulus dan BELIAU AKAN DIDAKWA....kahakahka



UMNO ITU RASUAH

RASUAH ITU UMNO

UMNO MEMANG AGAK SEBATI DAN SINONIM DENGAN RASUAH.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersyukur Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

“Alhamdulillah,” katanya dalam satu taklimat bersama editor di Bangunan Parlimen di sini.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Abdullah berkata pelaksanaan SPRM itu merupakan hasratnya untuk menunaikan janji yang terkandung dalam manisfesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004.

Beliau berharap SPRM akan berfungsi dengan lebih berkesan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bilangan anggotanya akan melebihi 5,000 orang selain mereka akan diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah.

Gaji yang lebih menarik akan ditawarkan bagi menarik orang yang berwibawa dan berkebolehan untuk menjalankan tugas di bawah SPRM, kata Abdullah.


Dengan kelulusan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini, maka bakal tercatat satu lagi fenomena baru dalam sejarah Malaysia. Ini kerana, banyak kes-kes rasuah berprofail tinggi akan didedahkan semula kepada rakyat. Justeru itu kita amatlah berharap agar keadilan undang-undang akan dapat ditegakkan.

Kerana inilah juga satu perkara yang pernah dibangkitkan oleh Zahid Hamidi di parlimen tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama 3 bulan satu ketika dulu. Dimana, biarpun mana-mana Menteri atau pemimpin politik yang sudah bersara 10 tahun jika ada kes rasuah yang melibatkan mereka, ia akan disiasat dan didakwa.

Sepatutnya akta ini telah diluluskan dulu lagi. Namun dek kerana campurtangan politik, maka akhirnya Anwar yang dihumbankan selepas musuh-musuhnya nampak akta itu akan menjerut leher masing-masing.
- SPRM.. SILA SIASAT UMNO/BN, MAHATHIR, NAJIB, PAKLAH DAN SEMUA ORANG2 UMNO!!!! JANGAN JADI KUDA KAYU YER!!!!! PERABIHKAN DUIT RAKYAT UNTUK BAYAR GAJI KAMU!!!

0 comments: