Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Fairus mengamuk ugut pengal kepala exco AMK P.Pinang


Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin (foto kiri) menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memengal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

“Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim ( foto kiri-Malik sedang meneliti memo sambil diperhatikan Pemangku Ketua AMK-YB Ong Chee Wen ) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. ( foto bawah- Lau berlapang dada menerima kunjungan AMK)

Seorang lagi exco, Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut. Kami difahamkan dia ‘sakit perut’ lagi.

Rombongan AMK berkenaan diketuai pemangku Ketuanya YB Ong Chee Wen.

Ini dah boleh dianggap kes serious ni sampai nak memenggal kepala orang.Saya rasa kepimpinan harus mengambil tindakan dari sekarang takut nanti dah jadi,naya!!!
Inilah masalahnya bila gila kuasa sampai sanggup nak membunuh orang.Yang dipertahankan tu bukannya apa,tapi hanya kerana kuasa tu boleh bagi kekayaan maka ramailah yang sanggup berebut dan buat apa je...Harap sangat ada tindakan segera diambil,kalau benar kenyataan yang dikeluarkan.

3 comments:

kakLuna berkata...

ler..fairus ni kenapa....

Hijat Panjang... berkata...

salam...

dia ni cam mental jer...camner la bleh layak jadi TKM1..?? dia mungkin tak pi buat pemeriksaan kesihatan dulu ni...sebelum pilihan raya aritu dengan selepas terpilih jadi TKM1...

dah samseng sangat ka sampai ugut2 nak kerat kepala orang ni..??? dah jahat sangat..?? AMK yg kena ugut tu mai ramai2 pi buat repot polis..biaq dia ada akai sikit...mungkin baru dia ingat langit tinggi rendah masa tuu..

terunaKota berkata...

dia macam aku juga..bermasalah mental..tapi aku lebih suka melayani kepalaku di kelab2 malam..bukan jadi menteri..