25Dec08
By Anwar Ibrahim
Categories: KeADILan, Politik, Soal Jawab and Tanya Anwar
sya omel menanyakan:
salam DSAI…apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa dikalangan pemimpin parti ini.bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini,dimana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang dibawah mereka melihat rentak yang diatas…!!!
Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun dibahagian bawah,sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan PREsident parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 p.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan,cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!!Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang dibawah mengerti derita yang diatas….
Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan Bapa penggerak REFORMASI rakyat,selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….
——
Saudari sya omel,
Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.
Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.
Wassalamualaikum.
ANWAR IBRAHIM
6 Responses to “Tangani Permasalahan Secara Adil & Berhikmah”
1. 1 zik Dec 25th, 2008 at 11:20 am
Tahniah DSAI… kerana menjawab teguran rakyat bawahan..
Tahniah Sya Omel kerana menegur pimpinan kita!!!
Tatkala kita berada di ambang kemenanganlah lebih banyak istiqamah dan muhasabah dir patut acap kali dilakukan agar tidak lari dari landasanan..agar jangan lupa diri.ingatlah jawatan dan kuasa politik tidak akan kekal walau seribu tahun!!
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:00 am
kemenangan? belum tanding lagi dah umum menang? sedarlah sikit! Allah yang tentukan segalanya…
jangan nak mendahulukan ketentuan Illahi!
jangan seperti dsai umum sana sini nak memerintah tapi apa jadi? 16 lah, kemudian 8 okt lah… itu lah balasan kepada mereka yang cuba membelakangkan kekuasaan Allah, tak diberi apa yang korang nak…
2. 2 Pengkaji Dec 25th, 2008 at 12:47 pm
pandangan pengkaji terhadap omel
saya berharap saudari jangan membebankan DSAI dengan tuduhan kurang Islam. Tidak semestinya belum melaksanakan hukum Islam yang total, seseorang itu dianggap tidak Islam.
PAS parti Islam. Tetapi mampukah PAS melaksanakan hukum Islam total di malaysia. kalau belum, wajarkah TG Nik Aziz, dan Tg Hadi dianggap tidak cukup Islam?
saudari,
saya bukan pengampu PKR mahupun DSAI. Bilamana DSAI memutuskan untuk menubuhkan PKR dan bukan menyertai PAS, saya nampak hikmahnya.
Dan saya bersetuju.
Malaysia belum bersedia.
? Reply:
December 25th, 2008 at 8:37 pm
Allo frenz, x bersedia penamanya lg, lg lama tunggu mmg xkan ujud negara Islam kat M’sia, kafir jumud dh hari2 dok prtikai Islam sbg agama rasmi M’sia, mana xnya yg lahir Islam pun x bersedia mcm ko asek mengkaji j, mcm le Islam baru wujud semalam, x pnah wjud ke kerajaan Islam dlm sejarah dunia dimana dalamnya terdiri berbilang bangsa, agama ditadbir berlandaskan AlQuran & Hadis, wake up my so called fellow muslims!!! Dulu, kini & selamanya Cap Bulan.. ikut cap mata bole jd buta :D
3. 3 Org Kampung Sekilau Dec 25th, 2008 at 10:06 pm
Sdr Pengkaji,
Kebenaran pasti datang. Jika semua kepimpinan2 negara yg beragama Islam faham akan keutamaan hukum ALLAH untuk dilaksanakan….sebenarnya tiada masalah untuk dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.
Kebenaran pasti datang. Yakinlah dengan ketetapan Maha Pencipta. Kita wajib berusaha..bertawakal…berkemahuan…berkeyakinan… untuk memastikan hukum ALLAH ditegakkan dibumi Malaysia ni.
Kebenaran pasti datang. Sebagai langkah awal….marilah kita berdoa..buat solat hajat setiap hari…agar :
1) akidah dan tauhid rakyat Malaysia yang beragama Islam terpelihara…iaitu yakin bahawa Hukum ALLAH Hudud dan Qisas adalah yang terbaik untuk membela manusia dan alam.
2) dengan meletakkan keimanan bahawa ALLAH berkuasa atas segala makhluknya…tetapi ALLAH juga berkuasa menguji keimanan hamba-NYA dlm berbagai cara….maka adalah kewajipan kita untuk mendoakan agar pemimpin2 kita yang berkuasa atau bakal2 pemimpin yang akan berkuasa….supaya sentiasa dalam keadaan beriman dlm melaksanakan amanah…diperlihara imannya…ditingkatkan keimanannya….supaya pemimpin2 kita akan menegakkan hukum ALLAH untuk dilaksanakan di bumi Malaysia.
Saya berkeyakinan jika jutaan rakyat Malaysia yg beragama Islam setiap hari melakukan demikian….InsyaALLAH pertolongan ALLAH pasti akan datang dengan keadaan yg paling toleransi oleh keseluruhan rakyat Malaysia yg pelbagai agama ini. InsyaALLAH!
4. 4 yamin53 Dec 25th, 2008 at 10:36 pm
Salam hormat DSAI sekeluarga,semoga didalam suasana aman dan ceria .Saya terpanggil untuk memberi beberapa kemen atau pendapat untuk direnungkan bersama.Pandangan Sya Omel adalah diantara rempah ratus untuk bembolehkan sesuatu masakan itu menjadi enak dan lazat.Oleh itu saya dan juga ahli PKR Diperingkat akar umbi(MARHAIN)merayu kepada DSAI gunakanlah rempah ratus yang asli agar nanti yang dicari tak dapat yang digendang berciciran .AMIN
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan