Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) setelah bermesyuarat hampir 2 jam telah menetapkan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan sabtu dan tarikh penamaan calon adalah pada 6 Januari Selasa.
Mesyuarat pada pagi ini juga memfokuskan mengenai Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu untuk menggantikan penyandangnya Datuk Razali Ismail berikutan kematiannya.
Mesyuarat yang bermula jam 9.18 pagi sebentar tadi memfokuskan mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh bakal berlangsung pilihan raya tersebut.
Selain itu mesyuarat juga membincangkan mengenai penyusunan dan pengendalian pilihan raya tersebut dengan perlantikan pegawai dan pengurus pilihan raya.
Pengesahan daftar pemilih terkini dengan mengambil kira proses pembersihan dan kemasukan pemilih baru.
sumber malayadaily
mari para pejuang kita ledakan terengganu..biar umno tersungkur di sana nanti...allah hu akbar
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan