Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




MAJLIS CERAMAH DAN MINUM PETANG BERSAMA M.B DAN iSTERI








Petang tadi kira-kira jam 3.00 petang saya hadir ke majlis ceramah dan minum petang sempena menyambut kedatangan Aidul Adha di kediaman Menteri Bear Perak.Majlis dianjurkan oleh Datin Seri Fatimah Ta'at dan turut hadir ialah Dato Seri Ir Hj Nizar.Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Tarmizi.

Didalam ucapan aluan oleh Dato Seri beliau menyeru agar rakyat supaya menghayati makna dan pengertian sebenar Aidul Adha.Ustaz Tarmizi juga dalam ceramahnya membawa semua yang hadir untuk kembali menyingkap erti dan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang menjadi pelengkap kepada maksud Hari Raya Korban itu sendiri.

Sebelum beredar pulang para hadirin dijamu dengan sedikit jamuan petang yang disiapkan oleh pihak tuan rumah.Saya diberitahu bahawa program seperti ini akan dijadikan sebagai program bulanan.Kehadiran tetamu dari kelab Motosikal berkuasa tinggi juga menarik perhatian.

Semoga keterbukaan pimpinan akan menambah ukhwah dan kemantapan dalam pemerintahan..insyaallah!!!

8 comments:

kulopbesar berkata...

salam syaomel
tak nampak pun sya tadi,atau keme tak perasan

sya berkata...

ada tapi duk kat belakang...

yang amik-amik gambar tu saya la..

kulopbesar tadi duk kat mana?

matcomot berkata...

oooooooo yg duduk sblh al husseyn td tu sya lah ye.....

toñi berkata...

Hola Sya. Un saludo desde España. Un beso

Rosa berkata...

salam kenal yah....mampir baca2 boleh kan?? met Idul Adha yah....korban apa neh??

kulopbesar berkata...

salam saya duduk sebaris dgn ajijoi, jgn bohong matcomot, alhusseyn tak datang, mengarut le mike ni

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

ni sya tumpang id ummianni sbb broadband terkejut sebab matcomot cakap sya duduk sebelah al husseyn..adoiyai tak sior teman duduk sebelah tok sidang glamour tu...

Teluk Bakong berkata...

sya tu rasa nampak duduk tepi laluan..nak tegur segan..hehehe jadi kojekan je le camera nangkap video ..kome nengok ler bagi yang tak sempat pergi