10 hari pertama bulan Zulhijah adalah saat terbaik untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Ketika ini lebih dua juta jemaah sedang berhimpun di Tanah Suci. Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah termasuk lebih 26,000 orang dari Malaysia termasuk orang Melaka akan bertolak ke Arafah.
Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Di sanalah perhimpunan agung yang di wajibkan oleh Allah kepada mereka, di sana tiada yang di benarkan mengutarakan semangat kaum, di sana hanya satu tujuan tak kira apa warna kulit dan bahasa, tak kira tua atau muda, tak kira kaya atau miskin, tak kira pangkat atau darjat semuanya itu tidak ada, yang ada hanya beramal untuk menentu nasib diri masing-masing sama ada berjaya sebagai seorang muslim yang baik dan jujur
Keadaan di sini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mengharapkan pertolongan daripada orang-orang yang bukan islam, tapi kita hendaklah mengharapkan pertolongan daripada Allah subha na waTa'ala, di samping berusha menjadikan kekuatan ummat islam sebagai kekuatan yang sebenarnya yang boleh menyelesaikan segala masalah
Untuk membawa ingatan kepada kekuatan kita ketika berhimpun di padang Arafah dan mereka wuquf di Padang Arafah mewakili umat islam dari seluruh pelusuk dunia mereka bersatu di bawah satu panji-panji islam, mereka menghadap ke arah Ka'abah yang satu, menyembah Tuhan yang satu, berpegang kepada Al Quran yang satu, mengikut Nabi Muhammad yang satu dan mereka menjadi umat yang satu
Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."
Tuan Guru berpesan bersungguh-sungguh; puasalah kamu pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi puasalah pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.
Semoga ibadah kita akan berkekalan dan mendapat kerhedhoan Allah swt.....Amin!!!
0 comments:
Catat Ulasan