Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bloggers Network: kemaskini aktiviti






Ramai member-member PKR tanya kat aku..”hang dah dapat kad media, tapi tak tulis pun pasai Kongres PKR..pasai apa?”.

Kalau nak tengok gambaq Kongres PKR, pi tengok blog Sya-reformis. Dia update selalu. Kat Malaysiakini pun ada, kat justin.tv pun ada.

Aku lebih minat macam mana nak laksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin PKR. Kalau takat cakap..semua orang boleh cakap…bagi sepuluh minit..tak cukup. Bagi sejam pun tak cukup. Tapi kalau ada pemimpin yang sanggup turun padang dan berbincang tentang apa dan macam mana nak buat.. yang tu aku syok.

Dalam ucapan dasar Dr. Wan Azizah, dia ada cakap pasai pengiktirafan PR terhadap bloggers. dan nampaknnya…ramai yang dah buka mata.

Hari Sabtu,…ada satu lagi perjumpaan bloggers kat Shah Alam untuk meluaskan Jaringan Bloggers. Matlamat asal ialah untuk mewujudkan Bloggers Network @ Selangor…tapi bukan saja bloggers dari Selangor dan KL yang datang…malah dari Penang pun sama. dan apa yang menarik ialah…YB Malik, EXCO Penang pun turut hadir sama. Dan Insyaallah..kalau tak ada aral melintang…Bloggers Network @ Penang akan wujud dalam seminggu dua ini.

Dan aku diberitahu oleh Asrol www.kelatekito.com bahawa Bloggers Network @ Kelantan telah mulakan, siap dengan program kemasyarakatan yang pertama. Lawati blog dia untuk maklumat lanjut.

Dalam perjumpaan diShah Alam, tak banyak yang kami bincangkan..cuma dua tiga isu saja. Tapi dah cukup untuk memenuhkan jadual harian sehingga akhir tahun ini.

Fakulti Kebajikan Universiti Maya Rakyat akan melakukan satu projek dalam masa terdekat ini.Pensyarah Maya Ummi Anni sedang mengusahakan sesuatu dan akan kita umumkan tak lama lagi.

Fakulti Penyelidikan dan Innovasi juga sudah bersedia untuk memulakan program Penyelidikan Pertanian. Cuma nak confirm tempat dan sistem pengurusan. Dr. Wahab sudah bersedia menurunkan ilmunya kepada sesiapa yang berminat.

Aku juga dapat pengesahan dari Manja, J-Pemaya Kesihatan dan Alam Sekitar..satu pilot project sedang dirancangkan di Hutan Belum..mungkin satu program yang melibatkan Orang Asli.

Dari Profesor Albanjari…aku dapatkan rasakan dia sudah tak sabar nak mulakan program dia.

Fuh..seronok aku tengok semangat hangpa semua. Tapi sabar sikit..sebab ada beberapa perkara yang perlu kita selaraskan. Aku sedang mencuba untuk mencari satu tempat untuk dijadikan sekretariat untuk kita berjumpa dan berbincang secara fizikal. Dari situ, mungkin kita boleh menyediakan peralatan untuk perbincangan maya. Tele conference ka…video conference ka..tak perlu kita datang jauh-jauh untuk bermesyuarat.

Apa yang menarik..Kongres PKR ini telah kita menafaatkan untuk kepentingan bloggers dan rakyat. Kita telah berjumpa dengan beberapa kepimpinan Perak dan Pulau Pinang dan kita ucapkan terima kasih kepada mereka yang sedia menerima idea kita.

EXCO Pulau Pinang…YB Abd. Malik Kasim telah memberikan reaksi yang cukup positif untuk bekerjasama dengan kita.

EXCO Penerangan dan Perindustrian Perak..YB Tai Sng Ng juga telah berbincang dengan kita dan bersedia memberikan ruang kepada KAMAR untuk melaksanakan program-program kita. insyaallah…dalam seminggu dua ini, semua J-Pemaya akan kita kumpulkan untuk membincangkan tentang langkah seterusnya iaitu melaksanakan idea-idea kita.

Bagi aku masa dalam dua minggu ini,sementara itu, persiapkan idea-idea dan perancangan untuk pelaksanaan. Kita jadikan tahun 2009 sebagai Tahun Blogger.

0 comments: