Ini gua cilok dari blog nobisha yang aku rasa pro UMNO... hangpa tengok... pro UMNO lanyak UMNO sebab UMNO tak cerdik... dah 50 tahun... yang kesiannya... orang UMNO sendiri pun baghu tau UMNO tak cerdik... kui kui kui kui kui...
Kata Nobisha :
Nak kata lawak, tak lawak. Nak kata tak lawak, macam lawak. Itu yang saya rasai selepas membaca laporan Utusan Malaysia yang menyebut bahawa seorang bekas Ketua UMNO Bahagian diberi amaran kerana berkempen menggunakan blog.
Saya tidak pasti adakah Lembaga Disiplin UMNO ini masih berada di zaman batu atau dalam zaman GenXer (menggunakan istilah Don Scott, penulis buku "Grown Up Digital"). Saya cadangkan semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin parti itu membaca buku tersebut. Menurut Eric Schmidt, Chairman and CEO of Google, Grown Up Digital "demonstrates the world-changing power of the Net Generation."
Kalau berkempen melalui blog menjadi kesalahan, maka UMNO kena hapuskan peraturan lapuk tu. Peraturan begitu bukan sahaja menjadikan orang ketawa, malah boleh membuat orang menjauhkan diri dari UMNO. Saya sendiri pun tak tahu bagaimanakah nak menjustifikasi peraturan tersebut.
Entahlah, saya juga tak tahu bagaimanakah UMNO (atau BN) nak hadapi PKR dan PAS yang hebat menggunakan "new media" sedangkan ahli UMNO tak dibenarkan berkempen menggunakan blog. Kalau tak gunakan blog, Facebook, Myspace, Youtube, Friendster, chat dan lain-lain sewaktu pemilihan parti, bagaimanakah mereka nak mahir gunakan semua itu dalam pilihanraya umum nanti?
Kalau tak salah saya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO pernah menyebut semua calon Exco Pemuda mesti ada blog supaya mereka boleh jelaskan wawasan masing-masing. Nah, sekarang Lembaga Disiplin UMNO kata adalah salah menggunakan blog untuk berkempen.
Saya fikir keputusan Lembaga Disiplin UMNO dan peraturan dalam soal ini adalah satu langkah ke belakang. Kalau begitulah cara kepimpinan tertinggi UMNO berfikir, ini mungkin merupakan punca mengapa "Blog UMNO Tak Ada Ummph!"
UMNO patut belajar kepada DAP yang sejak awal-awal lagi mengiktiraf peranan blogger dan "new media". Blogger tersohor Jeff Ooi, sebagai contoh, dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dan menang. Malangnya, ada pemimpin UMNO yang tidak tahu bagaimanakah nak membuka blognya sendiri (ini diceritakan oleh seorang wartawan kepada saya); apatah lagi menghargai blog dan sumbangannya dalam proses demokrasi. Malah, saya juga tidak hairan kalau ada yang keliru antara "internet" dan "fishing net".
Maaf, kalau nak marah kat saya pun marahlah ... Saya tetap tegas mengatakan keputusan Lembaga Disiplin UMNO menunjukkan parti itu tidak menghargai blog.
Kita berikan peluang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memansuhkan peraturan lapuk yang tak membenarkan kempen melalui blog. Sekiranya mereka berkeras juga .... Ayuh, tutup semua blog UMNO!
Sya :
Inilah realitinya orang Umno...semuanya buta IT dan tahu mengata dan cakap macam pandai tapi HAMPEH!!!Majlis Tertinggi Umno pun Buta IT agaknya Blog pun depa tak tau gak...hihihihi...Kalu orang atas buta orang Bawah apa ke lagi....!!!!
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
2 comments:
Sya,
Terima kasih kerana membaca blog saya.
Cuma ada beberapa komen.
1. Saya mengkritik umno, pas dan pkr demi kebaikan. Terserahlah sama ada mereka nak dengar atau tidak.. Parti politik seperti umno, pas atau pkr hanyalah satu wadah. Ia bukanlah kiblat perjuangan yang perlu didewakan.
2. Dari segi etikanya, apabila kita membuat kutipan sesuatu tulisan, elok dibuat link ke tulisan asal dan diberikan kredit sewajarnya kepada penulis.
Teruskan membaca dan mengambil bahagian dalam diskusi bagi membina kematangan dalam politik Malaysia.
"Barangsiapa menyaksikan kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan kekuatan tangannya, jika dia tidak sanggup, hendaknya dia mencegahnya dengan lisannya, jika dia tidak sanggup, maka hendaklah dia mengingkarinya dengan hatinya dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemahnya iman."
Bagaimana menyaksikan kemungkaran diri sendiri apabila ketaksuban mengawal diri.
Amal makruf, nahi mungkar untuk kebaikan semua.
Catat Ulasan