Gambar sekitar Perasmian Fest Halal 2008
IPOH 15 Disember :Satu Festival Makanan Halal telah diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh.Festival yang berlangsung selama 5 hari itu akan berakhir pada 17hb Disember ini.Majlis didahului oleh bacaan doa dari Ustaz Zulkifli Ibrahim dan disusuli oleh ucapan aluan dari President Perantis.Ucaptama Perasmian Festival ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin.Majlis turut dihadiri oleh beberapa Exco dan wakil dari Kerajaan Pakatan Rakyat.Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Perantis Usahawan Negeri Perak.Majlis turut disertakan dengan mengadakan Forum Ehwal Islam yang mana ahli panelnya terdiri daripada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.Tajuk yang dibincangkan ialah mengenai Membina Usahawan.Menteri Besar Perak turut menerima cenderehati dari President Perantis.
Walaupun hujan turun agak lebat sambutan dari rakyat negeri Perak amat dihargai.
0 comments:
Catat Ulasan