Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Siapa Sebenarnya Si Ramlan, Presiden Reformis Ni..???


Ramlan oh Ramlan



Sejak gerakan reformasi 1998 melanda negara, sehinggalah kemenangan DSAI dalam pilihan raya kecil P.44 Permatang Pauh, tak pernah langsung aku kenali si Ramlan ni.....yang kononnya sebagai ahli keADILan, dan Presiden REFORMIS...'pertubuhan' berdaftar konon.. dari manakah asal usul dia ni sampai sanggup nak buat demontrasi bogel....??? Berkemungkinan dia ni di hantar oleh si Ezam dan konco2nya untuk merosakkan nama PR mahupun KeADILan.. ??? Adakah mungkin...???

Kalau benarlah dia ni seorang reformis, dimanakah dia semasa berlakunya demonstrasi-demonstrasi besar yang telah berlaku satu ketika dahulu sehingga penangkapan pejuang-pejuang reformasi.....??? Di BERSIH dia ada kah..??? Tak masok cerita pun dia kena semboq ayaq asid FRU..??? Dan di Kongres Nasional Shah Alam bebaru ni pasai apa tak buat kacau punn..??? Dah kata ahli keADILan, mestilah akan jadi Perwakilan ataupun Pemerhati untuk ikut Kongres.. Kenapa selepas tamat SAHAJA Kongres Nasional dan ISU penetapan kadar sewa rumah PPRT di Selangor, depa2 ni mai jengok dan UGUT NAK BOGEL ....

Jika benar dia ni seorang reformis.... saya cabar dia MEMBOGELKAN DIRI SENDIRI dalam demonstrasi itu.....sebelum diikuti oleh ahli2 pertubuhan yang konon2 nya di daftarkan tuu... Ada berani ka hangpa nak bogel ni..??? Cakap dan gempak saja kott...???? Kalau macam di negara luaq tu lain laa..depa jenih takdak maruah diri..tak pa laaa..ni di Mesia nak buat camtu...???

Mustahil laa...contoh camni laa...dok jalan-jalan kat shopping kompleks, terlupa tarik zip seluaq pun dah malu siott..ni kan pulak UGUT nak demo bogel depan MB Selangor dan Ketua Umum KeADILan pulakkk.... Mesti ada pihak pertualang di belakang 'Pertubuhan' nii...


Saya CABAR REFORMISSS......!!!!!!!

1 comments:

Che Ahmad berkata...

Saya antara yang termuda yang ditangkap muat ke dalam lori FRU di hadapan Masjid Negara pada tahun 1998 kah kah kah

Ramlan? OK la... sebab dia berani ambil risiko untuk berbogel. Bak kata keramat DSAI, "Usah bicara soal perjuangan jika takut pada risiko.

Kah Kah Kah!