Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan.
Bekas ketua hakim negara berkata masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan ketua hakim atau presiden mahkamah berkenaan.
"Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli parlimen dalam membuat keputusan mereka," kata Tun Abdul Hamid Mohamad kepada Bernama hari ini.
"Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, SPK mempunyai bidang kuasa melantik ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan, hakim Mahkamah Rayuan, hakim Mahkamah Persekutuan, hakim besar Malaya, hakim besar Sabah dan Sarawak dan hakim Mahkamah Tinggi."
Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini."Beliau merujuk fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan SPK dianggotai sembilan ahli terdiri daripada ketua hakim negara sebagai pengerusinya, presiden Mahkamah Rayuan, hakim besar Mahkamah Tinggi Malaya, hakim besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh perdana menteri.
Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik.
Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Hamid berkata, pemilihan pelantikan pesuruhjaya kehakiman atau hakim di semua peringkat mahkamah tidak akan menimbulkan masalah, tetapi masalah muncul bagi pemilihan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan."Dalam pemilihan presiden Mahkamah Rayuan, anggota suruhanjaya iaitu hakim Besar Malaya, hakim besar Sabah dan Sarawak malah hakim Mahkamah Persekutuan adalah orang-orang yang berkepentingan untuk memegang jawatan tersebut yang bererti bahawa mereka terpaksa mengecualikan diri.
"Oleh sebab rang undang-undang ini mengkehendaki korum (bagi mesyuarat pemilihan) seramai tujuh orang, maka ada kemungkinan korum itu tidak boleh dicapai."Keadaan menjadi lebih rumit mengenai pemilihan ketua hakim negara. "Presiden Mahkamah Rayuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak adalah orang-orang yang berkepentingan dan mereka juga terpaksa dikecualikan. "Ini bererti bahawa korum tujuh orang tidak boleh diperolehi juga," Abdul Hamid, yang bersara Oktober lalu, dipetik berkata.Tambahnya, jika ketua hakim negara tidak ada pada masa mesyuarat pemilihan hendak diadakan, maka mesyuarat itu akan berjalan tanpa kehadirannya, presiden Mahkamah Rayuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak.
Nampaknya ini satu lagi persoalan dan perkara yang akan menimbulkan masalah.Intitusi Kehakiman sesuatu yang penting untuk Rakyat tapi kalu dah semuanya dari awal dah nampak pincangnya,alamat Rakyat la yang akan jadi mangsanya....
0 comments:
Catat Ulasan