Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BLOGGERNETWORK@PERAK

PAGI NI KAMI PARA BLOGGER DARI BLOGGERNETWORK@PERAK MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN BEBERAPA EXCO ANTARANYA,Y.B ZAINUDIN,Y.B TAI SNG NG DAN USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM DI BANGUNAN SUK NEGERI.PERTEMUAN BERLAKU DARI JAM 9PG HINGGA 11.30PG ADALAH UNTUK MENYELARASKAN LAGI GERAK KERJA YANG AKAN MULA DIBENTUK SEBELUM 2009 MENJELANG.

SEPANJANG PERTEMUAN BANYAK ISU TELAH DIBANGKITKAN DAN DIBINCANGKAN DAN AKHIRNYA MENCAPAI PERSETUJUAN BERSAMA.ANTARANYA MERANGKA JAWATANKUASA YANG AKAN MENJADI PENYUMBANG MAKLUMAT KEPADA PARA BLOGGER UNTUK DISALURKAN KEPADA RAKYAT KHASNYA.UNTUK MAKLUMAN,PARA-PARA BLOGGER INI MERUPAKAN PENYAMPAI DAN PENCARI SUMBER MAKLUMAT DARI KERAJAAN KEPADA RAKYAT DAN DARI RAKYAT KEPADA KERAJAAN.BLOGGER INI JUGA SEBAGAI BARISAN PENAHAN KEPADA KERAJAAN DALAM MENGHADAPI SEMUA TOMAHAN DAN KRITIKAN DARI PARTI LAWAN.

TERIMA KASIH KEPADA PARA-PARA BLOGGER YANG HADIR,BERSAMA KITA MENGATUR LANGKAH DAN MERIALISASIKAN AMANAT YANG DIBERI.TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK KERANA MEMBUKA RUANG INI BUAT KAMI.SEMOGA BERTEMU PADA PERTEMUAN AKAN DATANG...

11 comments:

mudz berkata...

Terima kasih Sya

Pantas Kemaskini blog tapi penggunaan semua huruf besar sepatutnya dielakkan, susah nak baca.

Aku c&p ayat mat salleh ni, makna Obnoxious hang cari le sendiri.

CAPPING EVERY LETTER IN EVERY WORD IS OBNOXIOUS.

CYS

matcomot berkata...

makna guna huruf besar dalam menaip dan sms ialah menunjukkan kemarahan.tu je....

jgn marah yee..hehehehe.......

mudz berkata...

Disini mungkin bukan kemarahan.
Mungkin kegairahan/keterujaan/semangat yang keras......

dia yang tulis dia yang lebih tahu

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

dah dah jangan gaduh...terima ksih atas pandangan dan nasihat..insyaallah akan diperbaiki...

dugong_darat berkata...

dulu senario sekarang.....
anje-online....
kar kar kar...
sya nak anje???

matcomot berkata...

mudz,
hang tu la tak faham maksud aku.

aku bg tau,dlm protokol menaip dan komunikasi menulis........penggunaan huruf besar melambangkan kemarahan

mudz berkata...

MC

Terima kasih Aku faham protokol tu.. tapi aku tak faham kenapa si sya buh semua huruf besar.

Amri Mat Saaid berkata...

salam, kome kala buat meeting wat lerr ari sabtu consider sekali keme yg jauh ni, bagi lerr notis awai, TBO diwakili oleh Haji azimuddin. Ape pun jgn ler berkelai lagi lepaih ni mainkan pernan masing2, TBO tetap dgn identiti sendiri

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

sebenarnya saya guna huruf besar tu sebab nak cepat sekali jalan dan tak marah sapa-sapa pun....tadi saya jumpa klik lagi satu pun ok je...ok lah lepas ni saya guna huruf kecik je....

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

kulopbesar lepas ni meeting semua kena hari kerja sebab melibatkan ustaz zul jadinya kena buat hari kerja la.....apa-apa tanya msk ye..

Amri Mat Saaid berkata...

Ustaz Zul orang kampung keme,orang batu 16, lambor kanan, anak aji berahim, mun buat ari isnin-khamis aje udah rope UMNO aje le, orang politik mane ade koje Isnin-JUmaat, patutnye kene berkoje Isnin-Ahad. Che kome e-mailkan kat keme di TBO ni hasil perbincangan ari tu.
Nampaknye mat comot pun dah ensem,lepas perbincangan ari tu.

Lepas ni jgn nak berkokak, bercakor, bergigit lagi buat koje tu, link antara blog pun kome tak buat lagi, usah kan koje yg beso. Jgn byk labun bykkan koje.

Masing2 ade peranan dan koje yg perlu dimainkan, usah kate mengate sesame kite, che bace artikel TBO pasal ucapan selamat ari raye tu.

kala nak nengok video ceramah di kediaman MB baru ni ziarah le TV TBO.

Adios , salam