Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BETUL KE TKM1 P.PINANG BUAT HAL..ISU INI BERMULA GARA-GARA SMS YANG DIPEROLEHI OLEH ANWAR YANG DISAMPAIKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU.ANTARA ISI CERIT




Siri 13 : Anwar bengang - perolehi bukti SMS, Fairus mengemis RM20 ribu
Pada 25 November lepas Anwar Ibrahim tergesa-gesa menelefon si budak Fairus yang berada di China, mengikuti rombongan perdagangan kerajaan negeri Pulau Pinang ke negara berkenaan yang diketuai Lim Guan Eng.

Mereka berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas awal pagi Isnin 24 November dan kembali tanah air pada 27 November, Khamis.

Mengapa Anwar tergesa-gesa terpaksa menelefon si budak Fairus ?

Semuanya gara-gara beliau menerima bukti SMS bahawa TKM 1 sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk laporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Menurut sumber sahih, Anwar melenting marah, memberi amaran keras terhadapnya termasuk menyoal isu si budak Fairus mengemis kereta BMW berharga RM275,000,00 daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun, tidak ubah seperti si Saiful dan si Ezam, si budak Fairus bersumpah palsu menafikan semuanya itu, dan menganggap perkara itu fitnah.

Namun kerana terdesak selepas dimarahi Anwar si budak Fairus kemudiannya menghantar SMS lain kepada pihak berkenaan membatalkan ‘urusniaga’ mereka.


Dan SMS itulah yang mengesahkan kepada Anwar bahawa si budak Fairus menipu dan bersumpah palsu, membuktikan dia seorang yang pelahap serta tidak layak sebagai TKM 1.

Kami perturunkan bukti SMS daripada si budak Fairus kepada pihak berkenaan pada 25 November lalu, yang kami rahsiakan identiti mereka buat masa ini.

Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist.

I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye.

Segala kerjasama & budi baik tuan didahului jutaan terima kasih.Saya menanti reply.

For your info, regarding the car, I have arranged for it already.It just that I need to have your help regarding my previous SMS to you.Pls reply.

Selepas Anwar mendapat maklumat, beliau lantas menelefon dan memarahinya di China. Bagaimanapun seperti biasa, si budak Fairus bermatian menafikan SMS tersebut.

Namun kerana kedungulannya dan kekuatirannya, slepas dimarahi Anwar, si budak Fairus lantas membatalkan ‘urusniaga’ mereka dengan menghantar SMS berikut kepada koporat berkenaan :

Just to inform, regarding the assistant tu. Tak apa.Tak perlulah. Saya ikhtiar sendiri.Tq.Tentang kereta tu tak pa. Saya dah urus sendiri.Tk.

Dan SMS tersebut kemudiannya di“forward”kan kepada Anwar- bukti penipuan si Fairus.

Mungkin ada yang keliru, tidak yakin, mana mungkin sebodoh itu si budak Fairus meninggalkan bukti SMS. Tapi apa nak dihairankan, kerana terdesak dan pelahap manusia sanggup berbuat apa sahaja, biarpun perkara itu menjerat dirinya.

Contohnya kes bukti SMS antara Najib Razak dan peguam Shafiee Abdullah berkenaan isu Razak Baginda.

Selepas menyedari kebobrokannya mulai terdedah, si budak Fairus mula menghubungi ‘rakan-rakan’ yang membantunya selama ini.

Kepada rakannya seorang usahawan bernama Azmi Nayan dia bersumpah menafikan semua itu. Azmi dipercayai telah menyumbang kira-kira RM50 ribu kepada si budak Fairus bertujuan kononnya untuk kebajikan rakyat.

Si budak Fairus dipercayai masih memujuk Azmi menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.

Sementara seorang lagi usahawan Saw Kok Peng, Presiden Persatuan Kuari Pulau Pinang turut dihubunginya. Si budak Fairus menafikannya dengan mendakwa kononnya ‘sim card’ telefonnya ( 017-3567320 / 019-6237300) telah 'diklon' pihak tertentu bertujuan menfitnah untuk memburukkan imejnya.

Itulah wajah sebenar TKM 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, yang kononnya sedang berjuang membela rakyat, khususnya Melayu Pulau Pinang.

Kalau semua ni betul amat malang la rakyat Pulau Pinang...Adoiyai!!!!

Aduhhhhh.... Alahaiiiii Fairusssssss !

2 comments:

MacyKoh berkata...

budak ini..haiiii....penat aku dengar.

sya berkata...

kasi dedah je...sama-sama kita suruh dia letak jawatan..baru dia ada akai!!!!