Siri 24 : AWAS : ‘Sim card’ telefon Anwar pun diklon kata Fairus
.
AMARAN KERAS KEPADA SEMUA PIMPINAN - Jangan terkejut jika selepas ini semua ‘sim card' telefon pimpinan kerajaan atau parti akan diklon pihak-pihak tertentu, bertujuan untuk memburuk-buruk pemimpin berkenaan.
Justeru semua pimpinan wajib mengambil langkah berjaga-jaga agar ‘sim card’ mereka terselamat daripada diklon pihak tertentu.
Ini kerana perkara itu telah ‘dikesan berlaku’ bukan sahaja kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, bahkan kepada Anwar Ibrahim.
Sindiket mengklon ‘sim card’ telefon pimpinan tersebut telah didedahkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin baru-baru ini.
Ketika cuba membela dirinya , konon dia difitnah pihak-pihak tertentu yang cemburu dan iri hati terhadapnya, Fairus berkata semua mesej pesanan ringkas ( SMS ) yang tersebar membabitkan dirinya selama ini semuanya palsu-diklon.
“Saya pernah menerima SMS daripada Anwar, tetapi apabila saya menelefon balik, Anwar menafikan menghantar SMS tersebut.
“Itu bukti ‘sim card’ telefon Anwar pun telah diklon,” jelasnya kepada Exco AMK pusat Amizudin Ahmat.
Fairus kini dalam usaha ‘membersihkan’ imej dirinya yang jatuh merudum setelah banyak pihak mulai sedar tentang tipu muslihatnya selama ini.
Apa punya bengong la si Fairus ni,alasan kebudak-budakan betoi...carilah satu alasan yang munasabah.Tau la nak tutup kelemahan sendiri tapi takat mana ja..Rakyat sekarang dah tak buta dan BODOH macam yang hang sangka.Rakyat lebih pandai menilai kepimpinan dari hang yang asyik nak bodohkan rakyat je.Sudah-sudah la jangan nak buat benda mengarut je..seolah-olah hang nak tunjuk yang hang ni bagus dan sempurna,langsung tak boleh terima kelemahan diri.BUAT ORANG MACAM NI DIA DIPANGGIL BODOH SOMBONG!!!!
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan