Bismillahirrahmanirrahim.
Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.
Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.
Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.
Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.
Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma.
Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada
Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.
Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.
Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.
Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.
Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud.
Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah.
Dunia sudah menjadi cantik dan indah.
Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik.
Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.
Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul.
Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan.
Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.
Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak.
Manusia pun bertambah rosak dan jahat.
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat.
Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya.
Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah.
Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia.
Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
4 comments:
ASALAM ADIK SYA...
MAI BACA...
ABG DAH BACA..
ADIK SYA NAK BINCANG ISU APA???
ok kita cakap isu ISA!!! gomo sokong ISA!!!
ABG GOMO SOKONG ISA.
IANYA PERLU DALAM MENGHALANG ANASIR-ANASIR YANG MENGANCAM NEGARA.
NAMUN PEMBAHRUAN DAN KAJIAN PERLU DI BUAT BAGI MEMPERBAIKI KELEMAHAN ISA INI.
ABG GOMO SOKONG ISA.
ADIK SYA????
sya menentang akta ISA,bila ia dipolitikan...asas kepada ISA itu sendiri ialah bagi mengekang penjenayah yang tegar...namun ia disalah gunakan oleh pemimpin yang ada sekarang sehingga ia digunakan untuk kepentingan politik!!
Dan sya menetang ISA kerana kezalimannya!!menahan seseorang tanpa bicara merupakan satu tindakan tak berperikemanusiaan..seolah hak mangsa yang di ISA dinafikan!!
kalau betul polis buat kerja dan ada semua bukti bawa ke muka pengadilan!!Berani kerana benar takut kerana salah....
INI pendirian sya!
Catat Ulasan