Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Cadangan Perak Beri Hak Milik Pegangan Ditangguhkan - malaysiakini



Cadangan kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan kekal bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan dicapai oleh Majlis Tanah Negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Dasar Tanah Negara menetapkan bahawa pegangan untuk selama-lamanya hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

Sehubungan itu, katanya Majlis Tanah Negara mengambil keputusan satu mesyuarat khas diadakan bagi tujuan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat dan kertas kerja kerajaan Perak dibincangkan.

"Daripada segi dasar dan Perlembagaan negara, ia tidak boleh dibuat secara unilateral, ia mesti melalui Majlis Tanah Negara.

"Jadi, cadangan kerajaan negeri Perak tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan Majlis Tanah Negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-64 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin bahawa dasar kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan bebas kepada penduduk Kampung Baru dan Kampung Tersusun tidak akan mendatangkan masalah kepada negeri itu pada masa depan.

Mohammad Nizar berkata ini kerana ia hanya membabitkan saiz tanah yang kecil iaitu 6,000 hektar atau 0.01 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Perak.

Ia membabitkan 110,000 hak milik iaitu 60,000 kepada Kampung Tersusun dan 50,000 bagi Kampung Baru dan pemberiannya akan dibuat secara berperingkat.

Najib berkata kerajaan negeri Perak mempunyai alasan berhubung perkara itu tetapi apa jua alasan tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara.

Katanya ini kerana kewujudan majlis ini berasaskan kepada Perlembagaan Negara dan tujuannya untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara agar wujud keseragaman antara negeri-negeri.

Sya : ni yang buat aku tak faham Kerajaan Perak nak bagi apa yang menjadi milik Rakyat pun dihalang oleh pelbagai alasan yang tak munasabah!!Sekarang Rakyat Khasnya dinegeri Perak harus tengok siapa yang nak bagi dan siapa yang berdolak dalik.Kepada Najib kalau nak bagi-bagi je la tapi kalau hang memang taknak bagi,JANGAN BAGI ALASAN BODOH,RAKYAT BUKAN SEBODOH HANG!!!!!

3 comments:

Unknown berkata...

Barulah kita tahu siapa sebenarnya yang betul-betul nak membela rakyat. Di depan rakyat, cakap berkobar-kobar untuk membela rakyat. Di belakang lain pula ceritanya.

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

itulah wajah sebenar pemimpin Negara...bercakap bagai wira bila Rakyat tuntut harta sendiri...dia yang lebih...duit hang duit aku,duit aku ,aku punya...Hampeh!!!

mudz berkata...

Kerajaan Perak bukan nak beri hak milik kekal selama-lamanya tetapi pajakan 999 tahun.

Bukan hak milik kekal jangan silap faham..

Hak milik kekal memang perlu dapatkan persetujuan Majlis Tanah Negara tetapi pajakan 999 tahun tak perlu persetujuan MTN..menurut kanun tanah negara.

MB Nizar silap cakap atau Utusan Melayau putar belit atau Penulis blog ni tak tahu apa yang dia tulis atau aku yang tak faham...

biasanya orang kata aku yang tak faham.biasale..