Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Mesyuarat tergempar PPP



Kemelut Parti Progresif Penduduk (PPP) yang bergolak sejak kelmarin dijadual berakhir apabila parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi parti itu petang ini.

Mesyuarat tergempar itu dijadualkan berlangsung pada jam dua petang manakala sidang media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Lee Heng sebentar tadi.

“Ya, petang ini kami akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi untuk membincangkan mengenai kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN),” katanya kepada mStar Online hari ini.

Semua anggota Majlis Tertinggi parti itu dijadualkan akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tergempar pada petang ini akan turut dipengerusikan oleh Lee Heng sendiri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Presiden parti, Datuk M.Kayveas tidak akan hadir.

Difahamkan, pada ketika ini Kayveas berada di luar negara atas urusan kerja dan beliau dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Disember ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan parti itu bebas untuk keluar daripada gagasan Barisan Nasional jika ingin berbuat demikian.

"Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baru-baru ini, PPP telah mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 ataupun parti itu akan keluar daripada BN.

4 comments:

matcomot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

apa la ummi ni..ngarut je...

Che Ahmad berkata...

PPP dengan BN ibarat suami isteri bergadoh:

Suami: "Awak jangan... nanti saya tinggalkan awak baru tau!"

Isteri: "Haa.. pergila. Tinggalkan saya dengan anak-anak."

Suami: "Erk! ala yang... abang gurau jer. Ok, abang janji tak tinggalkan sayang. Abang nak sehidup semati dengan sayang!"

http://cheahmad.blogspot.com/

zul mamak png berkata...

nak buat camner... tapi kena ingat ppp 2 umpama bini yang dah tua... tak boleh nak beranak lagi.... lagi pun anak ppp pun tak banyak.... pasal 2 la bn tak kesah kalau depa nak keluar