Tengok je lah apa yang UMNO dah buat sepanjang lebih 50 tahun membentuk KERAjaan Pusat di Malaysia. tiap kali dok atas platform tak kira platform politik ataau apa-apa pun, depa ni akan bercakap tentang "kemajuan", "Malaysia negara maju", "Malaysia negara kaya", "Malaysia itu" dan "Malaysia ini". semuanya ada di Malaysia.
Disaat pemimpin-pemimpin UMNO dok laung-laung "kununnya" Malaysia negara maju, apa perlunya setiap kali jugak depa dok sodok rakyat Malaysia dengan sentimen perkauman? kalau sembang bab berniaga, depa cukup suka perbesar-besarkan jarum kununnya masyarakat Cina akan menguasai ekonomi Malaysia.
Apa masalahnya? masyarakat Cina tu bukan warga negara Malaysia ke? kenapa perlu takut pada masyarakat Cina?
UMNO Tolong Melayu?
Tiap kali jugak UMNO dok laungkan kununnya UMNO telah berjaya menyediakan berbagai "peluang perniagaan" kepada orang Melayu. kalau betul kenyataan tu, kenapa UMNO sendiri dok takut dan menakutkan orang Melayu akan kebangkitan masyarakat Cina dalam penguasaan perniagaan dan ekonomi Malaysia?
Adakah sebab UMNO "GAGAL" menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat Melayu sampaikan UMNO "TERPAKSA" mengeluarkan kenyataan sedemikian? aku cukup heran dalam hal ni. UMNO dok cerita yang UMNO "TELAH BERJAYA" menyediakan "BERBAGAI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA ORANG MELAYU" tapi dalam masa yang sama UMNO jugak yang dok takutkan orang-orang Melayu akan kebangkitan dan penguasaan masyarakat Cina dalam sektor perniagaan dan ekonomi Malaysia. apahal..?
Kenyataan yang "BERSELINDUNG" macam tu macam "MENGIAKAN" pendapat aku bahawa UMNO telah gagal dalam membantu orang-orang Melayu. betul..?
Eh... UMNO tolong orang Melayu ke UMNO tolong MeLAYUkan orang Melayu?
UMNO Menyatukan Rakyat Malaysia..? - khak ptuih..!®
Betul ke UMNO menyatukan rakyat Malaysia..? kalau dalam bab "menyatukan rakyat Malaysia" ni aku memang cukup-cukup setuju bahawa UMNO adalah juara. tapi dalam majlis makan-makan je la. musim perayaan contohnya, nak kena sodok dengan makanan, baru la penuh semua bangsa pi serbu... serbu rumah terbuka. bukan sebab "perpaduan" tapi sebab nak makan. kalau bab makan, yang ni tak payah nak buat simbolik la kunun berjaya "menyatukan" rakyat Malaysia...
Cuba kau letak apa-apa kuih dekat kaki lima kedai tak pun dekat lantai pasar... tunggu dalam setengah jam cuba tengok, binataang apaa yang tak datang makan, binatang apa yang tak datang hurung makanan tu. semut, lalat, kucing, hama, rama-rama, anjing semua pi hurung makanan tu... (contoh ni kurang bagus sebenarnya tapi kira ok la bagi aku...)
Cuba pulak UMNO buat majlis tazkirah atau majlis keagamaan (UMNO pernah buat ke..?) ... tengok sape yang datang? (angkut dengan bas, bagi surat pekeliling "WAJIB" hadir tu kira ngelat... tak aci..!)
Sejak dari tahun 1998, aku dah pergi banyak ceramah-ceramah dan majlis-majlis keagamaan anjuran PAS dan alhamdulillah setakat ni jarang aku tengok yang bukan Islam tak hadir hatta dalam majlis Qiamullail waktu subuh (ada bukan Islam yang sanggup bangun jam 3 pagi untuk datang majlis keagamaan yang beragama Islam..!).
Kadang aku heran jugak... buat apa depa datang padahal depa bukan Islam dan aku pernah tanya depa (yang bukan Islam) buat apa korang datang..? depa jawab apa tau? - mesti datang la... tak tau baca pun tak da hal, janji hati mau bersih, kasi moral support..!
Apa kata korang? aku kata gini - yang datang majlis UMNO tu semua sebab nak dapatkan poket support, yang datang majlis Pakatan Rakyat pulak sebab nak bagi moral support. korang dok dalam golongan mana? golongan yang ikhlas memberi atau golongan yang ikhlas menerima?
Korang tengok pulak tiap kali Perhimpunan Agung UMNO. sape yang datang? ahli-ahli UMNO je... ahli-ahli UMNO tu dari berbagai bangsa ke? perpaduan kejadahnya macam tu? keahlian UMNO hanya untuk "orang melayu". parti yang selalu menjerit-jerit, hunus-hunus keris, laung-laungkan "perpaduan" keahliannya HANYA untuk orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu SAHAJA..!
Sape pulak nak perjuangkan bangsa-bangsa lain dekat Malaysia ni? MIC? beb... MIC tu cuma untuk orang-orang India je beb... mana la depa nak peduli bangsa-bangsa lain... MCA? beb... MCA tu cuma untuk bangsa Cina je beb... depa peduli orang-orang Cina je...
Maka dengan itu wujudlah pulak Barisan Nasional. semua parti komponen berbagai kaum bertomoih dibawah satu label "Barisan Nasional". setahun sekali baru depa berkumpul... semua parti komponen yang mewakili berbagai bangsa dok berkumpul bawah satu bumbung setahun sekali atau lebih. tapi nak cakap tiap-tiap bulan... sorry... tak pernah.
Kalau dah setahun sekali ataau kadang-kadang baru nak berkumpul, nak selesai masalah apa? apa depa ingat setahun sekali baru masalah datang? paling-paling serius pun aku tengok, dekat-dekat pilihanraya baru bersungguh nak berkumpul. tu pun bukan nak selesai masalah, depa kumpul nak berebut kerusi DUN ngan Parlimen je.
Bilamasa depa bincang nak selesai masalah "semua kaum"? porrraaahhh...!!!
Aku selit sikit pasal Pakatan Rakyat.
PAS - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia yang beragama Islam (untuk kelab penyokong PAS terbuka untuk SEMUA KAUM tak kira agama).
DAP - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.
PKR - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.
Setiap kali perhimpunan mana-mana komponen Pakatan Rakyat baik PAS, DAP atau PKR DISERTAI OLEH SEMUA KAUM yang menjadi ahli parti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh SEMUA KAUM dibincangkan dalam mana-mana perhimpunan tak kira PAS, DAP atau PKR walaupun dibuat secara berasingan.
Kalau tak dak Perhimpunan Agung Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat pun, masalah semua kaum tetap dibincangkan dalam parti masing-masing sebab dalam parti masing-masing ada wakil dari semua kaum.
Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional, depa nak kene tunggu perhimpunan agung Parti-Parti Komponen Barisan Nasional barulah depa bincang hal-hal berkaitan semua kaum. penat macam tu beb... berkulat dulu la baru dapat setel... (tu pun kalau depa bincang...).
Post ni panjang sangat... kome baca lagi sambungan dekat [sini].