Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan keluarga berangkat meninggalkan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak pagi ini.Dato Seri dalam ucapannya menegaskan bahawa keluarnya beliau dari Kediaman itu bukan kerana beliau menyerah kalah dan tidak sama sekali melepaskan jawatan beliau namun ia dilakukan kerana menghormati undang-undang dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.
Dato seri dan keluarga akan tinggal di sebuah rumah yang disewa khas untuk beliau dan keluarga..
Dato Seri diiring keluar dengan barisan Hormat oleh Unit Amal yang selama ini memberi kerjasama dan menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Dato Seri akan menyerahkan kediaman Rasmi itu pada 27/2/09...
2 comments:
saya kurang setuju DS nizar keluar dari kediaman rasmi tu..semacam mengalah kpd celaka2 ameno tu....
biar kan lah bro..
Jangan lupa peristiwa Hijrah Rasulullah dr makkah ke Madinah!
Sesungguhnya semuanya ini ada sesuatu yang terselindung yang Allah sahaja maha mengetahui.
Kita doakan sama-sama supaya Insya Allah Ir Nizar akan kembali ke rumah tersebut.
Catat Ulasan