Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




V.Sivakumar Terima Ugutan Bunuh..!!!!!

Selepas menerima ugutan bermotif jahat (ugutan bunuh) dari ruangan Web MyKMU, semalam, V.Sivakumar dilaporkan menerima satu lagi surat ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

Nampaknya suasana politik di Malaysia khasnya di Perak sedang mengalami revolusi, dari keadaan yang baik kepada keadaan yang semakin kebelakang atau kuno. keadaan ini dilihat semakin menular bermula dari kejatuhan KERAjaan UMNO/BN dalam PRU-12 yang lalu.

Ketika zaman kegemilangan (kerakusan) KERAjaan UMNO/BN dahulu jarang sekali kita mendengar atau diberitakan akan kejadian-kejadian ugutan terhadap pimpinan-pimpinan pembangkang di Malaysia tetapi sebaik sahaja UMNO/BN kehilangan kuasa majoriti di Parlimen, semakin hari, semakin bertambah kes-kes sebegini.

Yang menghairankan kita ialah bilamana ugutan-ugutan tersebut hanya diterima oleh pimpinan pembangkang dan dalam masa yang sama, pihak UMNO/BN pula bermati-matian menafikan kononnya mereka terlibat padahal tiada siapa pun yang menuduh mereka terlibat.

Akibat daripada itu, kita melihat seolah-olah UMNO/BN terlibat didalam hal tersebut. masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin?

Melihat dari senario ketika kempen PRU-12 yang lalu, pihak UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu kononnya negara akan menjadi kucar-kacir seandainya UMNO/BN hilang majoriti di Malaysia dan hakikatnya setelah tamat PRU-12, perkara ini memang benar-benar berlaku.

Akibat dari kehilangan majoriti di Parlimen, pihak UMNO/BN dilihat sebagai pihak yang sering cuba menimbulkan ketidak stabilan di Malaysia dengan berbagai isu yang kebanyakannya berunsur perkauman.

Isu 13 mei sekian hari dicanang, isu-isu yang menyentuh perkauman dijuaraai oleh UMNO/BN dan yang paling ketara sekali bilamana UMNO/BN amat agresif memutar belit fakta tanah Kampung Baru di Perak. seolah-olahnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah boneka kepada DAP dan seolahnya Kerajaan Pakatan rakyat Perak meminggirkan orang melayu di Perak.

Pada hakikatnya ialah fakta-fakta berkenaan tanah milik melayu ditutup dari pengetahuan umum (fakta-fakta sebenar boleh didapati di[sini].)

Apa yang berlaku hari ini adalah kerana ketakutan UMNO/BN akan kehilangan kuasa pemerintahan, berbagai strategi jahat diguna pakai oleh mereka. kemana Bala? apa yang terjadi dengan Atlantuya? siapa yang menculik 4 oraang ADUN dari Pakatan Rakyat Perak dan bersama siapa pula akhirnya mereka-mereka itu timbul?

Itu semua isu-isu kecil kata UMNO/BN... memanglah kecilk sebab yang menjadi mangsa ialah mereka-mereka dari Pakataan rakyat, kalau mangsanya UMNO/BN?

Karpal terima peluru, V.Sivakumar terima ugutan bunuh... semuanya sebaik saja masing-masing menjadi individu yang dilihat menghangatkan senario politik Malaysia dalam isu-isu yang tidak menyebelahi UMNO/BN.

Mana pergi polis-polis yang pernah "melindungi wartawan wanita atas dasar keselamatan mereka?"

Tak dapat arahan "Menteri" ke untuk melindungi mereka-mereka ini? agaknya PDRM akan ambik masa berapa ratus tahun untuk selesaikan siasatan keatas laporan mereka-mereka ini?

2 comments:

PAPA GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA...
EMMM BERKENAAN UGUTAN NI DAH BIASA KEDENGARAN...
KITA SENDIRI ANTARA PARA BLOGGER PUN UGUT MENGUGUT JUGAK.

YANG AMARAN BUNUH UNTUK SPEAKER PERAK TU TAK PASTI LAGI KESAHIHANNYA.

HARAP BERSABAR. JANGAN DOK KATA POLIS LAGU NI.

DAH BERBAKUL-BAKUL PUAK-PUAK PAKATAN MENGHENTAM POLIS. MENGHINA POLIS DAN BERMACAM-MACAM LAGI KATA-KATA CERCAAN YANG DILEMPARKAN.

BILA TIME MACAM NI DOK SIBOK MINTAK TOLONG KAT POLIS.
KATA PAKATAN RAKYAT POLIS NI ABG BESAR BN? UMNO?

SO KENAPA PERLU MINTAK BANTUAN???

POLIS TAK AMBIL KISAH AKAN PENGHINAAN PAKATAN RAKYAT PADA MEREKA.
PIHAK POLIS MENJALANKAN TUGAS DENGAN JUJUR DAN AMANAH DALAM MELAKUKAN SIASATAN.

AKAN HAL UGUTAN PADA KARPAL DAN SPEAKER TU KITA TUNGGU JE HASIL SIASATAN.

SIASATAN ISU ELI TU PULAK....
EMMM BANYAK SKANDAL AKAN TERBONGKAR.....

SALAM ADIK SYA!!!

Prof. Era Pasca berkata...

huhu gomo per citer volvo di sabah? da jumpe tmpat nk repair volvo klu rosak akan dtg.. hehehe en siva sabar tau... jgn dengar ckp pembunuh, sbb pembunuh takan nk citer klu die nk bunuh, maknenye die tak nak bubuh le tu... huhu siva terima 19 reports!

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bendera-umno.html
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/lepas-karpal-kini-sivakumar-pula.html

POLIS RAJA DI MALAYSIA sekarang