Dato' Husam Musa menafikan beliau mungkir janji dengan pihak polis berhubung ceramah yang diadakan di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru2 ini.
Beliau berkata, "Saya dijemput berceramah, malah saya difahamkan permit telah dilulus sejak lebih sebulan lalu. Dan ceramah yang diadakan sehingga akhir tanpa sebarang masalah. Dan ketika saya berceramah berhubung isu semasa, tiada seorang pun anggota polis yang yang datang meminta supaya diberhentikan ceramah tersebut."
"Pembekuan permit ceramah sebelum ini hanya berlaku di Perak dan bukannya di negeri lain. Tidak timbul lagi soal mungkir janji sebab saya tidak pernah berjanji dengan mana2 pegawai polis termasuk di Pulau Pinang. Ini kerana sebaik sahaja sampai pada majlis itu lebih kurang lima minit, pengerusi menjemput saya menyampaikan ceramah. Saya berceramah antara 45 hingga 50 minit sahaja."
"Saya hanya mengupas perkembangan politik semasa pada ceramah tersebut dan tidak pernah menyebut sebarang provokasi. Atas apa yang berlaku, jelas menggambarkan kerajaan cuba menafikan demokrasi di negara ini dengan menghalang rakyat mendapat maklumat sebenar. Kerana itu mereka takut sangat kepada akhbar oposisi dan program ceramah PR sehingga kerajaan mengambil tindakan merampas akhbar rasmi PAS dan KeADILan."
"Tindakan itu amat tidak adil dan bercanggah dengan normal demokrasi, sudahlah kita tidak mempunyai akhbar harian sendiri, televisyen sendiri.. ceramah pula nak disekat, mana keadilannya...?"
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
1 comments:
SALAM ADIK SYA...
HUSAM NI TAK MENEPATI JANJI.
MASAKAN PULA PIHAK POLIS NAK BERBOHONG AKAN JANJI YANG TELAH DI BERIKAN OLEH HUSAM???
EMMM NI PASAL BOGEL-BOGEL NAMPAK GAYANYA BLOGGER PAKATAN SEMUANYA TAK KELUARKAN ISU ELI NI DAH. PASAL APA???
MULA-MULA BUKAN MAIN...TUDUH BN..UMNO NI LAH DALANG..KONSPIRASI POLITIK..LA NI???
KAN DAH KENA!!!!
TU LAH GOMO SELALU PESAN..JANGAN FITNAH!!!
NAMA GOMO DALAM SHOUTMIX TU GOMO PALSU. BUKAN ABG GOMO YANG SEBENAR!!
Catat Ulasan