Kedua-dua tokoh Pakatan Rakyat tersebut dibenarkan menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak yang ke 25 di Kuala Kangsar. walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada para EXCO Pakatan Rakyat menerima jemputan atau tidak.
Apa yang dapat disahkan ialah setakat berita ini diterima, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang mengambil keputusan berpaling tadah dari Pakatan Rakyat dan menyokong Bariasan Nasional dilihat tidak hadir dalam majlis tersebut setakat ini.
Kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat hadir dalam majlis dan diketuai oleh apa yang dipanggil Menteri Besar Halam Datuk Dr Zambry Kadir dan ini membuatkan majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak kali ini sebagai yang terunik dimana ianya dihadiri oleh 2 Menteri Besar 1 dari Pakatan Rakyat dan 1 dari Barisan Nasional.
Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika tiba di Istana Kandariah menyatakan kepada wartawan "kami datang ke majlis ini dengan keamanan" dan "Pakatan Rakyat berada disini"... sejurus selepas tiba, Dato' Seri Ir Nizar menunaikan solat di Masjid Ubudiah.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
1 comments:
Berani kerana benar, takut kerana salah
Pelawaan Sultan mesti disambut
Itu isyarat bukan rakyat derhaka Bagai anak dan bapa, lama-lama baik le dia.
Menyanggah bukan maksud derhaka
Untuk kebaikan Sultan juga
Nyata UMNO gila kuasa
Segala tindakan menghalalkan cara
Kemuliaan Sultan sudah diperkosa
Oleh UMNO yang durjana
Moga-moga dengan santapan diRaja ini terjalin kembali hubungan baik Sultan dan DS Nizar.
Catat Ulasan