Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Petugas PKR dan Bloggers ditahan Polis!!!!

Dua orang petugas PKR Kuala Kangsar dan juga 2 orang BLOGGERS telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kangsar sebentar tadi kerana mengedar risalah-risalah penerangan tentang kemelut politik Perak.

Mereka ialah Bikir Perak, Alfa Berlian, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari.

Mereka sekarang sedang ditahan di IPD kuala Kangsar.


Berita akan dikemaskini setiap masa...

3 comments:

PAPA GOMO berkata...

SALAM ADIK SYA....

HARAP PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BERTENANG. PIHAK POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN DENGAN ADIL AKAN HAL INI.

PENAHANAN INI MUNGKIN BERPUNCA DARI RISALAH YANG MUNGKIN BERBAUR HASUTAN.

PIHAK POLIS HANYA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP YANG DIAMANAHKAN UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN AWAM.

Emas Perak berkata...

Bangsa DAP dalam pembikinan - Perak lokasi ujikaji

Apakah itu Pakatan Rakyat...? Cuba sebut pelan-pelan perkataan RAKYAT... Sdr Ipoh Malay boleh tolong berikan URL Thread yang berkenaan RAKYAT dijadikan sebagai metode propaganda Yahudi untuk menawan dunia. Saya sempat membaca sekilas lalu tulisan beliau. Sungguh baik penulisan tersebut.... RAKYAT...Rakyat...

Apakah nama DAP sebelum ianya dinamakan Parti Tindakan Demokratik... Namanya ialah Parti Tindakan Rakyat... Perkataan Demokratik telah diselindungkan di balik maksud Rakyat tadi... Dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat... dan seterusnya Parti Rakyat Malaysia.... dan akhirnya mereka menamakan gagasan mereka sebagai Pakatan RAKYAT....

Perjuangan atas nama rakyat adalah bertentangan dengan Islam... Sesiapa yang kononnya jaguh agama di sini, cuba tuliskan manakah hujah yang mengatakan di dalam Islam adanya Perjuangan Rakyat. Perjuangan Islam ialah Sibilur Rabbi... Boleh ditarsirkan sebagai Amar Makruf dan Nahi Munkar. Dalam konteks politik ianya adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Takhta/Tanahair.

Agama ialah payung perjuangan, manakala bangsa ialah Khaira Ummah, dan Takhta ialah Ulul Amri atau Daulah.

Lihatlah percaturan DAP.... Mereka tahu mereka tiada kerusi yang boleh menawan majoriti di DUN Perak... Mereka perlukan beberapa kawasan Melayu untuk memerintah... Dengan teori Paktan Rakyat, kini mereka berjaya memerintah Perak. Sekiranya Datuk Asri ada, tak mungkin DAP dapat memerintah, kerana politik Datuk Asri ialah politik Islam Kebangsaan Melayu.

Apa yang berlaku dahulu selepas Pilihanraya 1969, PAS menang satu kerusi di Perak dan kebetulan satu kerusi itu jadi faktor penentu siapa yang boleh menubuhkan kerajaan. Lantas PAS memutuskan untuk BERKECUALI dan majoriti akhirnya berpihak kepada BN. PAS boleh saja memihak kepada Kerajaan PPP Campuran yang hampir-hampir ditubuhkan TETAPI, kepimpinan PAS pada masa itu amat matang tentang politik Malaysia.

Tidak seperti hari ini... teori Gagasan Rakyat melalui agenda Pakatan Rakyat telah membenarkan DAP menubuhkan kerajaan. DAP bukan untuk bangsa Cina atau India... DAP bukanlah langsung untuk bangsa Melayu... Tetapi dalam diam Bangsa DAP telah tercipta... Nizar dan PAS Perak telah menjadi bangsa DAP... PKR pun telah ikut jadi bangsa DAP...

Manakala ramai Cina sudah rimas menjadi boneka Nga dan Ngeh dan tak mahu ikut serta agenda DAP yang hina... lalu bangunlah seorang ahli politik berprinsip seperti Hee Yit Foong yang bangun menentang kediktatoran Nga dan Ngeh...

Semua ini adalah Makar Allah yang lebih hebat daripada Makar DAP laknatullah...

Nga dan Ngehlah angkara ribut politik kini... Tapi Nga dan Ngeh tidak dihukum malah dipuja waja. Sultan dan UMNO diherdik... Pejuang seperti Osman, Jamal dan Hee diherdik...

Yang macam kera berbaring atas jalan ialah orang PAS dan orang Melayu... Yang dikuda-kudakan ialah Nizar... Tapi Nga dan Ngeh buat apa... Mereka sengeh memanjang... Mereka bertepuk tangan melihat betapa bodohnya Melayu PAS diperkudakan oleh mereka... Mereka suruh PAS minta Pilihanraya... Tapi... bila dapat pilihanraya... mereka akan letak proksi berbangsa Melayu sebagai Calon DAP.. Orang itulah nanti akan jadi MB Perak... MB Perak adalah kalangan DAP.... DAP Rulez

http://perakbangkit.blogspot.com

Asrul Budi berkata...

sedikit ulasan komen dari Perak Bangkit...

Dari mana datangnya maklumat mengatakan nama Pakatan Rakyat datangnnya dari DAP? Nama tersebut hasil persetujuan dari PKR,PAS dan DAP. Nama Pakatan Rakyat di ambil bagi memperjuangkan rakyat.. Kuasa memerintah datangnya dari kuasa rakyat.. Mengapa mesti di pertikaikan Pas dan PKR bergabung dengan DAP? Adakah salah mereka bergabung bagi membentuk sebuah kerajaan? PKR dan Pas tidak akan bergabung dengan DAP sekiranya mereka cukup kerusi.. Bagaimana pula dengan UMNO yang bergabung dengan MCA dan MIC? Adakah mereka juga kuda tunggangan bagi MCA?

Kenapa ramai yang mencaci PAS sedangkan PAS berjuang bagi mempertahan Islam. PAS juga berpegang teguh bagi menubuhkan sebuah kerajaan ISLAM... Mengapa UMNO takut menyokong? Kemudian UMNO mencanang seluruh Malaysia tentang hukum HUDUD... UMNO lah yang menggunakan pelbagai cara untuk menghalang hukum HUDUD.. UMNO menggunakan saluran media terutamanya TV3 bagi memburuk-burukkan PAS...

Ramai yang bertanya mengapa saya ANTI UMNO... Ya, saya memang ANTI UMNO.. UMNO sekarang bukan UMNO dulu.. UMNO sekarang yang di tubuhkan oleh TUN MAHATHIR bukan memperjuangkan orang melayu. Mereka hanya memperjuangkan kuasa² mereka.. Amalan RASUAH juga berleluasa di kalangan UMNO.. Pelbagai laporan telah di buat kepada BPR ( sebelum di kenali SPRM ) tapi BPR seolah-olah takut bila berhadapan dengan UMNO..