
Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.
Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.
Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.
Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.
Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.
acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.
Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


5 comments:
apa hukumnya membayar zakat kepada kerajaan haram?
TO CLEAN....
APA PUNYA FIKIRAN LAH ANDA NI.
OTAK TU BENGAP SANAGT.
NAMA CLEAN TAPI BEBAL...
ZAKAT NI UNTUK KERAJAAN PERAK SEMATA-MATA ATAU UNTUK RAKYAT PERAK???
JANGAN BANYAK MAKAN LALAT!!!
jawapannya HARAM!!!!
to gomo : masalahnya yang menerima zakat tu kerajaan bukannya terus kepada rakyat!!!so adakah jumlah yang dibayar akan terus kepada rakyat atau yang sampai ada la ciput......
Puak PR saja yang labelkan kerajaan haram tu..
Jadi siapa kamu Sha yang pandai pandai nak meletakkan hukum..
Bertaubatlah saudari..
ini bukan masalah meletakkan hukum la..
Soalan saya simple sahaja...tidak merujuk kepada siapa2, namun sdr gomo terasa pula..
lagi satu..apalah gomo nie, kenapa tulis semua huruf besar seolah2 mcm terpekik terlolong?
rilek la brader..tak payah sebut bengap dan lalat..kita hujah cara baik..dan ingat..
tulisan dan cara tutur anda mencerminkan keperibadian anda jua!
Juga ingat bahawa kita pon tidak mahu anak cucu kita cakap mcm sdr gomo nie.
Catat Ulasan