"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."
"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.
Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau.
Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.
Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.
Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.
Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.
sumber harakah
Sya....
kalau korang cuit MB Nizar sya yakin...seluruh rakyat akan bangkit...bukan setakat di Perak..malah seluruh negara....jangan cuba2 jolok sarang tebuan...!!
cuit la kalau berani...!!
Hangin betol aku dengar berita ni.....!!!
Lawan Tetap Lawan....!!
4 comments:
apa lagi la nk salahguna ISA tuh? tak muhasabah diri betul la diorg nih... x abih2 nk timbulkan kekecohan..
Salam,
Saya rasa KUCING UMNO itu takkan berani menggunakan ISA untuk mendiamkan Nizar...
Pak Lah pun tak berani nak kata ya, hanya serah kepada AG buat tindakan.
Kalau ISA digunakan maka lagilah huru hara Perak...
Kita tengok saja lepas ni..
Teman pun hangin juger!!!!
salam.
jika MB di ISAkn maka ketidak tenteraman akan berlaku....
ya...cubalah kalau berani...lawan tetap lawan
Catat Ulasan