Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




P'raya Bkt Gantang, Bukit Selambau mungkin serentak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tarikh pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat dalam mesyuarat khas esok, selepas pihaknya meneliti serta membincangkan dokumen berkaitan kekosongan kedua-kedua kerusi itu.

Katanya mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satu-satu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan, lapor Bernama.

"Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang... kalau (penyandang) meninggal dunia, sudah tentu ada kekosongan. Kerusi Bukit Selambau pula, kita akan dapatkan maklumat dan dokumen sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kalau kita dapat pastikan ada kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan adakan pilihanraya kecil. Kemungkinan lain (kalau tiada kekosongan), Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada kekal," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu malam tadi.

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berlaku ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung pada Isnin. Pada hari yang sama, V. Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR tidak boleh bulat-bulat menerima apa yang dinyatakan oleh Speaker DUN bahawa berlakunya kekosongan pada kerusi DUN Bukit Selambau.

"Kita kena lihat semua aspek dan tidak membuat keputusan disebabkan dorongan pihak-pihak tertentu atau sebab kita menyokong pihak tertentu... tidak sama sekali.

"SPR menjalankan tugas dengan profesional, berdasarkan kepada undang-undang serta dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kita. Setakat ini, pegawai-pegawai saya sedang siapkan dokumen berkenaan," katanya.

0 comments: