menuntut wang rebat tunai kenderaan persendirian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.
Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.
Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.
Sya :
Dulu kata nak bagi pastu tarik balik...harga barang tak jugak diturunkan..kalau betul kerajaan umno/bn ni prihtin patut diaorang teruskan jugak REBET tu...Sebab depa yang dulu gatai naikan harga minyak pastu nak bising-bising pulak...dalam hal ni UMNO punya SALAH!!!
2 comments:
Assalamualaikum
Tempuh hari rebet telah dibuat berdasarkan kenaikan harga minyak dari RM1.97 ke RM2.70.Sebagai mengurangkan beban ini kerajaan telah memberi rebet kepada pengguna kenderaan supaya orang asing seperti Thailand dan Singapura tidak dapat menikmati harga petrol yang ketika itu rendah berbanding di negara mereka. Itu tujuan kenapa harga minyak naik mendadak dan diberikan rebet..Paham ke sengaja tak paham?
Sekarang harga minyak sudah turun RM1.80.Harga minyak pun sudah turun.Nak rebet ke sampai tak payah bayar dapat free.Ulasan macam inilah yang dapat kita dengar daripada orang yang tak berfikir dan tak paham-paham walaupun pergi dengar ceramah dah beribu-ribu kali.Nak cakap bodoh marah pulak nanti.
salam..
Puak ni memang dah taksub dengan politik sempit mereka. apa saja pihak lain buat walaupun baik tetapi demi politik , semuanya tak betul, tak bagus, tak adil. Mereka rasa mereka saja yang betul dan bagus di bumi Allah ni..
Catat Ulasan