Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




sang Celaka yang ditatang...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Apa isu sebenar di Perak? Cyberboron dah tulis panjang lebar pasai ni kat blog dia. Kesimpulannya cukup mudah. Isunya berkenaan kuasa memerintah di Perak. Masa Pilihanraya ke-12, rakyat tarik kuasa tu dari BN dan dapat kat PR. Dah tentulah BN berusaha nak ambik balik kuasa tu.

Yang jadi krisisnya pasai Umno tak mampu nak tunggu sampai pilihanraya akan datang. Pimpinan Umno ni boleh kata semuanya jenih cari makan melalui politik. Bla dah tak memerintah kurang la duit masuk. Nak harap dari Kerajaan Pusat memang laa ada tapi tak cukup pasai depa ni selama har ni jenih mulut buaya, mulut ikan jaws.

Yang lagi depa takut, PR akan bertambah kuat pasai dah ada kuasa memerintah negeri. Lagi lama kerajaan PR bertahan lagi kuat laa pengaruh PR. Pasa tu laa seboleh mungkin depa nak rampas kuasa secepat mungkin.

Lagi memudahkan usaha depa bila Kerajaan PR Perak simpan CELAKA. dalam selimut. Bukan takat simpan, siap bagi selimut lagi. Bukan takat selimut, bagi makan lagi. Bukan takat tu, tapi kena bergantung kat CELAKA. ni mintak tolong jaga negeri.

Bukan takat sorang CELAKA., tapi 2 CELAKA.. Memang sebenarnya ramai lagi CELAKA-CELAKA. dalam kerajaan negeri ni, tapi yang lain-lain tu boleh lagi kita pedo, tapi yang 2 CELAKA ni takut tak terlawan kita, dan dan terbukti depa melawan kita terang-terang.
Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri)., Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

Nampak kat mana duduk CELAKA-CELAKA. tu? Bukan lekeh-lekeh punya tempat tapi tempat utama. Kalau dalam kapal, CELAKA-CELAKA. NI laa yang kita bagi pegang kemudi, pegang kompas, pegang radar,jaga senjata.

Kalau kita betui-betui kuat macm Kelantan tahun 1990 dulu takpa laa. Ni boleh kata macam teluq dihujung tanduk. Tunggu masa jaa, kalau tak kena cucuk dengan tanduk pun bila-bila masa teluq boleh jatuh. Bagi pulak CELAKA-CELAKA. tu jaga teluq. Patut ka suruh depa jaga teluq kita macam depa jaga teluq depa.

Sepatutnya kita dah banyak belajar dari pengalaman Kelantan, pengalaman Terengganu. Memang masalah CELAKA-CELAKA. macam depa ni la yang dulu dok buat kacau. Terengganu dengan Kelantan dulu takpa laa pasai margin depa banyak, tak macam kita, cuma 2 ja.

Apa susah sangat ka nak buang CELAKA-CELAKA. ni. Aku tak reti pasai perjawatan dalam kerajaan negeri ni tapi ada membar bagitau nak lantik atau buang CELAKA-CELAKA. ni payah sikit pasai terletak bawah di bawah kuasa sultan.

Kalau betui pun bawah kuasa sultan takkan kita tak boleh buat apa-apa. Patutnya awai-awai lagi Hj Nizar SEMBAH DERHAKA. kat sultan. Kalau masa awai-awai dulu aku rasa tak susah mana. Macam kes Jamry Sury dulu tu, aku yakin kalau Hj Nizar berkeras lebih sikit, sultan akan akur punya. Kita bukan nak suruh sultan buat salah, cuma nak mintak sultan buang orang yang bermasalah ja.

Kalau pun sungguh sultan tak setuju buang CELAKA-CELAKA. tu pun, takkan takdak cara lain. Tak boleh cara elok takkan tak boleh buat cara kasar. Takkan yang tu pun tak reti.

Kalau betu tak reti cari la orang yang reti. Belambak dok ada orang yang memang kerja depa buat benda-benda macam tu masa dalam Umno dulu sebelum depa masuk PAS. Depa-depa ni memang tunggu sangat peluang nak 'bayar hutang'. Bukan calang-calang jahat depa perah buat kat PAS masa depa dalm Umno dulu.

Memang laa tindakan menyingkirkan CELAKA-CELAKA. tu akan ada kesan. Tapi tara mana sangat kesan dia. Tak lama mana pun kalau jadi isu. Tambah pulak bukan Umno tak pernah buat sebelum ni.

Dari segi moral pun pada aku tak salah. Dah sah-sah CELAKA-CELAKA. ni masa Umno lantik dulu, depa dah check status tahap kesetiaan depa kat Umno, dan depa ni pun dah lama kena tarbiah dengan Umno. Lagipun kita cuna nak lebih melicinkan pentadbiran.

Pengalaman krisis Perak ni patut diambik iktibar. Kerajaan-kerajaan PR yang lain macam Kedah, Selangor dan Penang kena ambik tindakan. Tambah-tambah Kedah, aku dengar kat Kedah CELAKA-CELAKA. macam yang 2 kat Perak ni ada jugak kat Kedah. Dengar ceritanya depa pun tak kurang jugak menyusahkan Ust Azizan.

Nasihat aku, buang ja CELAKA-CELAKA. ni Ustaz, simpan buat apanya. Pi la cepat-cepat SEMBAH DERHAKA. kat Sultan Kedah, mintak buang depa-depa ni. Bukan suruh derhaka, cuma SEMBAH DERHAKA.. Biar Ustaz sorang SEMBAH DEHAKA., jangan sampai jadi macam kat Perak, ramai rakyat bukan takat SEMBAH DERHAKA. kat sultan, mufti pun depa maki.

Mungkin laa keadaan Kedah tak kritikal macam kat Perak, tapi CELAKA-CELAKA. ni patut jugak dibuang, takpayah dah bela CELAKA-CELAKA. ni. Depa ni memang akan cuba nak sabotaj kerajaan negeri pasai depa ni sebelum-sebelum ni pun memang tak pernah wala' kat Menteri Besar, depa cuma wala' kat Umno.

Bukan nak suruh DERHAKA. tapi suruh sultan buang CELAKA..

sumber cenangau

1 comments:

bumiperak berkata...

Gunting dalam Lipatan, Musang berbulu Ayam.. Nabi bersabda: Orang Munafik lebih bahaya dari Orang Kafir