Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




KRIIIING ! KRIIING ! ASSALAMU'ALAIKUM !......

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Assalamu'alaikum !

Mu'alaikum salam !

Pak Karamu ke tu !

Ya ! saya !

Siapa tu !

Saya Ridzuan !

Saya ada beberapa soalan yang hendak saya ajukan kepada Pak Karau, kalau boleh mengikut pandangan Pak Karamu sendiri

Ok ! tanyalah ! di bawah ini adalah sedutan soalan tersebut:

Soalan:
Bagaimanakan keadaan politik Perak sekarang ?

Jawapan:
Politik negeri Perak tetap macam biasa cuma ada sedikit kekecohan berhubung dengan undang-undang dan perlembagaan

Soalan:
Adakah kebenaran berpehak kepada UMNO ataupun PR ?

Jawapan:
Mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri PR berada pada tempat yang betul dan UMNO berada pada tempat yang salah sebab itu Mohd Nizar enggan melepaskan jawatan

Soalan:
Bukankah Sultan mempunyai penuh kuasa bagi menentukan siapa yang harus memerintah ?

Jawapan:
Benar ! akan tetapi sultan di katakan tidak mengikut saluran yang betul dan dia membelakangkan Menteri Besar sebagai penasihat kepadanya

Soalan:
Menteri Besar Mohd Nizar di katakan tidak mahu meletakkan jawatan sedangkan Sultan memerintahkannya berbuat demikian, apa pandangan Pak Karamu ?

Jawapan:
Di sebabkan ada masalah undang-undang dan perlembagaan maka saya rasa Mohd Nizar wajar tidak meletakkan jawatannya

Soalan:
Tidakkah ini bererti Mohd Nizar telah derhaka kepada Sultan ?

Jawapan:
Mungkin dia kelihatan telah menderhaka, akan tetapi dia mempunyai sebab berbuat demikian, dan mungkin ada yang tidak kena pada pehak Sultan, misalnya Sultan telah berlaku berat sebelah terhadap PR dan kuat menyokong UMNO dan BN pada hal dia adalah Sultan untuk rakyat negeri Perak bukan Sultan untuk UMNO dan BN

Soalan:
Apakah pandangan Pak Karamu tentang permintaan Mod Nizar untuk di adakan pilihanraya semula ?

Jawapan:
Pada artikal saya yang lepas menunjukkan saya telah cadangkan di blog ini di adakan pilihanraya supaya semua pehak mendapat keadilan, demikian juga pandangan MB Nizar akan tetapi Sultan tidak bersetuju, ini mungkin di belakang Sultan ada UMNO dan BN yang takut untuk bertanding dan mempengaruhi Sultan dengan berbagai-bagai alasan terutana di DUN Perak ramai yang wakilnya bukan islam dan Mohd Nizar di katakan adalah sebagai tunggangan DAP dan PKR

Soalan:
Apakah pandangan Pak karamu tentang mufti yang di katakan terbabit ?

Jawapan:
Secara pribadi saya tidak bersetuju mufti melibatkan diri dalam soal politik, kedudukannya sama dengan Sultan yang sepatutnya bersikap berkecuali, sikap mufti ini telah di kesan sejak selepas pilihanraya yang ke 12 lagi dan saya percaya UMNO juga telah memperalatkannya

Soalan:
Bagaimana pandangan Pak Karamu tentang pandangan rakyat di Perak ?

Jawapan:
Pada pandangan saya rakyat di negeri Perak sudah hilang kepercayaan terhadap Sultan dan Mufti dan saya harap kepercayaan rakyat ini perlu di pulihkan semula dengan melakukan pembetulan yang memberi menefaat kepada semua pehak, saya rasa masih belum terlambat

Soalan:
Saya merasa pelik dengan Mohd Nizar yang memohon derhaka kepada Sultan, mengapa dia berbuat demikian ?

Jawapan:
Saya rasa dia seorang yang berani dan jujur, dia tidak menyimpan dendam, dia suka berterus terang dan dia belum lagi melakukan penderhakaan terhadap sultan, hanya baru mahu menunut derhaka jika di benarkan derhaka, ini disebabkan ada masalah undang-undang dan perlembagaan yang telah di langgar

bersambung ...

0 comments: