Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kriiinnnggg...Kriiiiiiinnnnggg....sambungan!!

Assalamu'alaikum Wr,Wb,

Sambungan ...

Soalan:
Nampaknya ramai yang marahkan Nizar kerana mahu mohon derhaka ini, Apakah pandangan Pak Karamu ?

Jawapan:

Kamu dapat melihat sendiri di kaca TV yang mana membuat bantahan itu tidak sampaipun 0.001% daripada rakyat Malaysia dan jumlah kehadiran penunjuk perasaan bagi sesuatu tunjuk perasaan tersebut hanya tidak lebih dari 300 orang, jadi yang lain tu pergi kemana ? ini menunjukkan tunjuk perasaan tersebut gagal dan hanya meletihkan diri sahaja

Soalan:
Apakah yang tersirat dari penderhakaan Nizar tersebut ?

Jawapan:
Saya nampak yang tersirat dari penderhakaan Nizar (jika dapat di katakan derhaka) maka ia mengundang kepada mengingat kembali kepada penderhakaan UMNO terhadap Raja yang di mulai oleh UMNO sehingga sanggup mengata sultan Terengganu sebagai natang (binatang) cara kebetulan pula ia adalah juga Yang Di pertuan Agong, Sementara Nizar tak sebutpun perkataan yang begitu hina terhadap Sultan, dapatkah UMNO dan orang-orangnya nafikan ? (harapkan jangan lagi buat perkara yang tidak senonoh tu)

Soalan:
Apa pandangan Pak Karamu yang menuntut Nizar supaya bertaubat?

Jawapan:
Setahu saya bertaubat hanya dengan Tuhan sahaja, bukan dengan manusia, perkataan bertaubat tersebut se olah-olah kesalahan Nizar terlalu besar hampir menyamai dosanya dengan Tuhan, saya harap orang UMNO belajarlah agama biar mereka faham agama sikit

Soalan:
Apa pandangan Pak Karamu tentang kenyataan mufti yang menjelaskan supaya Nizat taat kepada Allah, taat kepada Rasu dan pemerintah, bukankah ayat itu dalam satu ayat ?

Jawapan:
Taat kepada Allah adalah mutlak, taat kepada Rasul juga adalah mutlah dan taat kepada pemerintah tidak mutlak, ertinya boleh di sanggah melainkan jika pemerintahan di negeri Perak melaksanakan hukum Tuhan, ertinya mana-mana negeri atau negara yang tidak melaksanakan hukum Tuhan tidak wajib taat dan patuh, sebab itu saya nyatakan di sini kita semua perlu belajar agama , jika Mufti suka boleh komen karangan saya ini dan saya tidak bermaksud nak lawan dia kerana sudah jelas bahawa dia adalah agen UMNO

Soalan:
Apa harapan Pak Karamu untuk penyatuan melayu ?

Jawapan:
Saya tidak harapkan langsung penyatuan melayu, akan tetapi saya harapkan penyatuan islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah dengan berpegang teguh dengan tali Allah, selain itu saya tidak mahu, dan kerana tidak berpegang dengan tali Allahlah maka kita bercerai berai

Soalan:
Akan tetapi Allahlah yang menjadikan bangsa supaya di antara mereka dapat menjaga hak bangsa ?

Jawapan:
Semua bangsa mahukan selamat, tujuan Allah jadikan bangsa-bangsa supaya mereka berkenal-kenalan di antara mereka terutama dalam soal adat dan budaya tidak lebih dari itu, namun dasar penyelamat terhadap bangsa itu adalah islam dan bangsa tidak dapat menyelamatkan bangsa , jika ada yang berpandangan bahawa bangsa itu dapat menyelamatkan bangsa maka pandangan tersebut adalah salah dan batal sama sekali serta mereka menderhaka kepada Allah kerana memperkecilkan hukum Tuhan

Setakat itu peminat blog saya mengacukan soalan, di harap semua pehak jangan bercakap yang mereka tidak faham terutama dalam masalah agama

1 comments:

azreen berkata...

BERJALAN MELIHAT DAN MENTAFSIR SERTA MENABUR FITNAH DAN MEMECAH BELAHKAN BANGSA SENDIRI..