Ini bukan kenyataan yang tak berasas, tapi kenyataan yang berbukti. kecualilah untuk totok-totok UMNO, bagi mereka, ini adalah "tuduhan". sikit aku tak heran kalau orang UMNO berfikiran macam tu (lebih-lebih lagi penyokong-penyokong UMNO) sebab orang-orang "berkenaan" ni pada pandangan aku bukan "tak dak akal", tapi mereka-mereka ni memang tak dak otak. kalau dah tak dak otak, macam mana nak ada akal? betul..?
Tengok je lah apa yang UMNO dah buat sepanjang lebih 50 tahun membentuk KERAjaan Pusat di Malaysia. tiap kali dok atas platform tak kira platform politik ataau apa-apa pun, depa ni akan bercakap tentang "kemajuan", "Malaysia negara maju", "Malaysia negara kaya", "Malaysia itu" dan "Malaysia ini". semuanya ada di Malaysia.
Disaat pemimpin-pemimpin UMNO dok laung-laung "kununnya" Malaysia negara maju, apa perlunya setiap kali jugak depa dok sodok rakyat Malaysia dengan sentimen perkauman? kalau sembang bab berniaga, depa cukup suka perbesar-besarkan jarum kununnya masyarakat Cina akan menguasai ekonomi Malaysia.
Apa masalahnya? masyarakat Cina tu bukan warga negara Malaysia ke? kenapa perlu takut pada masyarakat Cina?
UMNO Tolong Melayu?
Tiap kali jugak UMNO dok laungkan kununnya UMNO telah berjaya menyediakan berbagai "peluang perniagaan" kepada orang Melayu. kalau betul kenyataan tu, kenapa UMNO sendiri dok takut dan menakutkan orang Melayu akan kebangkitan masyarakat Cina dalam penguasaan perniagaan dan ekonomi Malaysia?
Adakah sebab UMNO "GAGAL" menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat Melayu sampaikan UMNO "TERPAKSA" mengeluarkan kenyataan sedemikian? aku cukup heran dalam hal ni. UMNO dok cerita yang UMNO "TELAH BERJAYA" menyediakan "BERBAGAI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA ORANG MELAYU" tapi dalam masa yang sama UMNO jugak yang dok takutkan orang-orang Melayu akan kebangkitan dan penguasaan masyarakat Cina dalam sektor perniagaan dan ekonomi Malaysia. apahal..?
Kenyataan yang "BERSELINDUNG" macam tu macam "MENGIAKAN" pendapat aku bahawa UMNO telah gagal dalam membantu orang-orang Melayu. betul..?
Eh... UMNO tolong orang Melayu ke UMNO tolong MeLAYUkan orang Melayu?
UMNO Menyatukan Rakyat Malaysia..? - khak ptuih..!®
Betul ke UMNO menyatukan rakyat Malaysia..? kalau dalam bab "menyatukan rakyat Malaysia" ni aku memang cukup-cukup setuju bahawa UMNO adalah juara. tapi dalam majlis makan-makan je la. musim perayaan contohnya, nak kena sodok dengan makanan, baru la penuh semua bangsa pi serbu... serbu rumah terbuka. bukan sebab "perpaduan" tapi sebab nak makan. kalau bab makan, yang ni tak payah nak buat simbolik la kunun berjaya "menyatukan" rakyat Malaysia...
Cuba kau letak apa-apa kuih dekat kaki lima kedai tak pun dekat lantai pasar... tunggu dalam setengah jam cuba tengok, binataang apaa yang tak datang makan, binatang apa yang tak datang hurung makanan tu. semut, lalat, kucing, hama, rama-rama, anjing semua pi hurung makanan tu... (contoh ni kurang bagus sebenarnya tapi kira ok la bagi aku...)
Cuba pulak UMNO buat majlis tazkirah atau majlis keagamaan (UMNO pernah buat ke..?) ... tengok sape yang datang? (angkut dengan bas, bagi surat pekeliling "WAJIB" hadir tu kira ngelat... tak aci..!)
Sejak dari tahun 1998, aku dah pergi banyak ceramah-ceramah dan majlis-majlis keagamaan anjuran PAS dan alhamdulillah setakat ni jarang aku tengok yang bukan Islam tak hadir hatta dalam majlis Qiamullail waktu subuh (ada bukan Islam yang sanggup bangun jam 3 pagi untuk datang majlis keagamaan yang beragama Islam..!).
Kadang aku heran jugak... buat apa depa datang padahal depa bukan Islam dan aku pernah tanya depa (yang bukan Islam) buat apa korang datang..? depa jawab apa tau? - mesti datang la... tak tau baca pun tak da hal, janji hati mau bersih, kasi moral support..!
Apa kata korang? aku kata gini - yang datang majlis UMNO tu semua sebab nak dapatkan poket support, yang datang majlis Pakatan Rakyat pulak sebab nak bagi moral support. korang dok dalam golongan mana? golongan yang ikhlas memberi atau golongan yang ikhlas menerima?
Perhimpunan Agung
Korang tengok pulak tiap kali Perhimpunan Agung UMNO. sape yang datang? ahli-ahli UMNO je... ahli-ahli UMNO tu dari berbagai bangsa ke? perpaduan kejadahnya macam tu? keahlian UMNO hanya untuk "orang melayu". parti yang selalu menjerit-jerit, hunus-hunus keris, laung-laungkan "perpaduan" keahliannya HANYA untuk orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu SAHAJA..!
Sape pulak nak perjuangkan bangsa-bangsa lain dekat Malaysia ni? MIC? beb... MIC tu cuma untuk orang-orang India je beb... mana la depa nak peduli bangsa-bangsa lain... MCA? beb... MCA tu cuma untuk bangsa Cina je beb... depa peduli orang-orang Cina je...
Maka dengan itu wujudlah pulak Barisan Nasional. semua parti komponen berbagai kaum bertomoih dibawah satu label "Barisan Nasional". setahun sekali baru depa berkumpul... semua parti komponen yang mewakili berbagai bangsa dok berkumpul bawah satu bumbung setahun sekali atau lebih. tapi nak cakap tiap-tiap bulan... sorry... tak pernah.
Kalau dah setahun sekali ataau kadang-kadang baru nak berkumpul, nak selesai masalah apa? apa depa ingat setahun sekali baru masalah datang? paling-paling serius pun aku tengok, dekat-dekat pilihanraya baru bersungguh nak berkumpul. tu pun bukan nak selesai masalah, depa kumpul nak berebut kerusi DUN ngan Parlimen je.
Bilamasa depa bincang nak selesai masalah "semua kaum"? porrraaahhh...!!!
Aku selit sikit pasal Pakatan Rakyat.
PAS - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia yang beragama Islam (untuk kelab penyokong PAS terbuka untuk SEMUA KAUM tak kira agama).
DAP - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.
PKR - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.
Setiap kali perhimpunan mana-mana komponen Pakatan Rakyat baik PAS, DAP atau PKR DISERTAI OLEH SEMUA KAUM yang menjadi ahli parti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh SEMUA KAUM dibincangkan dalam mana-mana perhimpunan tak kira PAS, DAP atau PKR walaupun dibuat secara berasingan.
Kalau tak dak Perhimpunan Agung Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat pun, masalah semua kaum tetap dibincangkan dalam parti masing-masing sebab dalam parti masing-masing ada wakil dari semua kaum.
Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional, depa nak kene tunggu perhimpunan agung Parti-Parti Komponen Barisan Nasional barulah depa bincang hal-hal berkaitan semua kaum. penat macam tu beb... berkulat dulu la baru dapat setel... (tu pun kalau depa bincang...).
Post ni panjang sangat... kome baca lagi sambungan dekat [sini].
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
12 comments:
Pak deris...
Bila masa pulak DAP tu cuma keahliannya cuma untuk orang Cina sahaja?
Karpal Singh tu Cina ke?
Lepas PRU-12 hari tu ada beberapa orang ahli UMNO keluar dari UMNO pas tu masuk DAP... pak deris tak tau ka? atau ahli UMNO yang kluar UMNO lepas tu masuk DAP tu orang Cina?
Bila masa pulak PAS tu keahliannya cuma untuk orang Melayu sahaja?
Idham Lim tu Melayu ka?
Pak Deris baru lepas togak air ketom ka?
Bila masa pulak PKR tu keahliannya cuma untuk orang Melayu sahaja?
Elizabeth Wong tu melayu ka Pak Deris?
Gobalakrishnan tu Melayu ka Pak Deris?
Pak Deris ni melayu ka mamak?
Pak Deris baru dapat IC ka Pak Deris?
Pak Deris ni bodoh la..!
SALAM...
LIHAT LAH KEBODOHAN TOPENG PERAK!!!
BANGANG...BEBAL....BANYAK MAKAN LALAT LA NI....
IDRIS MOBIN KATA...
dap tetap org cina punya pas melayu punya keadilan pun melayu punya..
KAU TAK FAHAM KE APA DIA KATA???
KAN IDRIS KATA TETAP...TETAP...BUKAN NYA IDRIS KATA TAK BUKAK PADA BANGSA LAIN!!!
PAS TETAP DENGAN PEMIMPIN MELAYUNYA
DAP TETAP DENGAN PEMIMPIN CINA KOMUNISNYA
PKR TETAP BUNGKUS.....PARTI LIWAT...
BENGAP LAH KAU NI TOPENG PERAK...
LAIN KALI BUKAK TOPENG TU!!!
Ko la bangang GOMO. Ko baca baik2 apa pak deris tu kata. Ayat first dah tunjukkan maksud pak deris tu sama seperti yang dihuraikan oleh Topeng perak
1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.
Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.
Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.
Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?
Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.
Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.
Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.
Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.
Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.
Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.
Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.
Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini.
Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.
Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.
aku baru cek keahlian pas hanya utk org ISLAm SAhaja.. mcm mana tu?
Dr.Zaim - Memang kehalian PAS hanya terbuka untuk orang ISLAM SAHAJA..!
jadi apa masalahnya?
tak de ke cina Islam?
tak de ke jawa Islam?
tak de ke India Islam?
tak de ke banjar Islam?
tak de ke Arab Islam?
tak de ke siam Islam?
tak de ke orang asli Islam?
tak de ke bugis Islam?
kau ni nama je Doktor tapi tak cerdik..!
Doktor Ayam ke?
Kau ingat agama Islam tu cuma untuk orang melayu je ke?
ada tulis ke dalam Al-Qur'an macam tu?
Buduh..!
SAH DOKTOR AYAM..!
relax la topeng perak. aku tau la ISLAM tu utk sume.
dah terang lagi bersuluh keahlian PAS utk ISLAM sahaja..
soalan aku mcm mana member2 cina aku yg tak ISLAM nak tunjukkan diorg sokong PAS kalo langsung tak leh jadi ahli.. paham tak?
presiden PAS dulu sebelum meninggal dia dah lancarkan 'PAS for ALL' atau memasyarakatkan PAS. maybe PAS dah tukar syarat keahlian ke? sebab latest update syarat keahlian july 2008
so relax2 la topeng perak.. berdakwah dgn berhikmah..
Dr.Zaim - bila aku ngan mber2 aku baca komen hang yang ni, kami pakat-pakat tepuk dahi...
adoih...
Dr... cuba baca artikel dari harakah ni...
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi India dan Cina di seluruh negara kerana memberi kepercayaan kepada calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12.
Katanya, berdasarkan keputusan pilihan raya yang lalu, PAS telah memperolehi jumlah undi yang agak besar di tempat yang mempunyai komposisi kaum 40 peratus, 60 peratus dan 70 peratus.
Jelasnya, kemenangan tersebut menunjukkan kaum India dan Cina mula memahami agenda dan perjuangan PAS dan tidak lagi mengenali PAS hanya sebagai parti Islam yang kolot.
"Mereka bukan sahaja mengundi PAS bahkan bersedia menyertai Kelab Penyokong PAS seluruh negara, satu petanda yang baik kerana Kelab Penyokong PAS ini menjadi lebih relevan.
"Pada 2005, Lajnah Perpaduan Nasional telah memecah tembok dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS di seluruh negara. Seterusnya pelancaran PAS For All pada 2007 juga membantu menambah sokongan bukan Melayu kepada PAS," katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengharapkan Penubuhan Kelab Penyokong PAS dapat dikembangkan di seluruh kawasan dan negeri supaya pengundi di kalangan bukan Melayu diberi ruang dalam kelab ini.
Jelasnya, melalui kelab ini, pengundi bukan Melayu akan sentiasa bersama dengan setiap aktiviti PAS dan bukan hanya sewaktu pilihan raya sahaja.
"Lajnah Perpaduan Nasional sedang mengemas kini agenda Kelab Penyokong PAS dengan aktivit baru dan pendekatan yang lebih menarik. Diharap pendekatan yang kita gunakan akan dapat menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai kelab ini.
"Buletin Ren Min Shi Shi dan forum serta dialog yang kami anjurkan juga membantu mereka mengenali PAS. Begitu juga liputan tentang aktiviti lajnah ini yang sering keluar dalam akhbar berbahasa Cina," katanya.
Tambahnya lagi, konvensyen yang dianjurkan Kelab Penyokong PAS sebelum pembubaran Parlimen baru-baru ini juga telah melahirkan cetusan baru, yang mana penubuhan kelab ini semakin bertambah sebaik sahaja pilihan raya berakhir.
Jelas Mujahid, pihaknya juga berharap dalam muktamar PAS akan datang, kalangan ahli Kelab Penyokong PAS diberi keistimewaan dan dalam pilihan raya akan datang dapat meletakkan calon di kalangan bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS.
Cuba kenali PAS... dan cuba search aktiviti2 Kelab Penyokong PAS.
kan elok ko bgtau aku benda ni awal2.. yang ko dok caci aku tadi tu nape? aku tanya baik2.. jawab elok2 la..
aku cuma nak dgr je kelab penyokong PAS ni..
berhikmah sket bro. kalo tak korg sama je dgn UMNO-BN
Sebab ramai sangat pencacai yang suka dok komen tanpa hujah, maka ginilah jadiknya. ramai yang suka provoke & aku pun ungat hang nak provoke jugak.
jadik untuk kekasaran tu, aku mintak maaf.
maaf diterima sahabat.. :)
Salam semua...
Kepada pengunjung yang budiman
Tumpang lalu maaf lari tajuk sikit
Jom support search engine buatan anak tempatan di http://malaysiansearch.com
Terima kasih
Catat Ulasan