Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.
Speaker DUN Perak V.Sivakumar malam ini berkata jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.
Katanya tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.
Sivakumar berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.
Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa kedua-dua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.
Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 tahun yang lalu
6 comments:
ASALAM ADIK SYA...
MANA KEBEBASAN DALAM MENGANGGOTAI SESUATU PERTUBUHAN????
ABG GOMO TAK LAH ARIF SANGAT DALAM UNDANG-UNDANG NI.
TAPI ITU KAN HAK MEREKA DALAM MENGANGGOTAI MANA-MANA PERTUBUHAN ATAU PARTI.
JADI KENAPA PULA PAKATAN MENYEKAT KEBEBASAN INI???
ABG GOMO TAK SOKONG LANGSUNG ISU LOMPAT PARTI.
TAPI JIKA WAKIL RAKYAT INI KELUAR DARI PARTI DAN MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS, BIARKAN LAH.
UNDANG-UNDANG PERLU DIGUBAL SUPAYA PEKARA INI TIDAK BERLAKU LAGI BAIK DARI KERAJAAN ATAU PUN PEMBANGKANG.
PENGUNDI YANG BERHAK MENENTUKAN PEMIMPIN!!!!
eloklah tak iktiraf 2 yb tu. lagi cepatlah deme blah. Kalau boleh jangan iktiraf semua yb tinggalkan yang belaci dap je sorang tu.
cantiknya gambar tangan kat atas tu. Menarik sungguh kata-katamu itu. Bikin hati gua syahdu. Adakah mu pejuang Islam sejati. AlhamdulillaMu tak macam belaci Dap mu tu.
Bn letak mufti setaraf pembuat dasardan perancang negeri. BN letak dang angkat mufti sebagai exco kerajaan negeri, Pas sekarang ni buang mufti sebagai exco yang membuat dasar negeri.
Mu kata nak angkat taraf Islam tapi mu buang Mufti?
oklah mu jawap dulu nanti aku tanya lain pulak?
SALAM GOMO...memang ada kebebasan akan tetapi kebebasan apa sampai RAKYAT nak dipertaruhkan...???Duduk dalam kerusi bebas hanya pada nama namun sebalik tabir siapa tau...??
Sya menyokong diadakan pilihanraya kecil agar mandat rakyat kembai kepada rakyat...Kenapa umno mesti takut nak adakan pilihanraya kecil???dan sya nak tanya pada GOMO siapaa SPR yang nak buat keputusan???...nampak sangat depa tu balaci kerajaan umno/bn...Kenyataan paklah baru - baru ni pun nampak sangat umno pun menyokong lompat parti...!!apa cerita???
anak kuala...Mufti diangkat oleh kerajaan BN???mana kebenarannya...sya lihat mufti hanya sekadar boneka untuk menutup kelemahan BN....Pada isu hari pahlawan MUFTI mengeluarkan Fatwa bahawa menyembah tugu negara itu HARAM adakah PAKLAH mendengar kata mufti???Mungkin semua mufti BN dibawah kitab ISLAM HADHARI KUT????mana perjuangan mufti yng ada dalam BN dalam menegakkan agama???konsert RAihanna yang akan berlaku mana mufti yang nak membantah...kalau cakap betul nasib mereka akan jadi seperti RAMLANG kot???Sekadar letak mufti dalam kerajaan tapi fungsinya diseleweng apa barang tu?????
Mufti dulu bertaraf exco. segala kemudahan exco diperolehinya. Apa kata exco yang logik di terima pakai, ada juga cadangannya yg ditolak, bukan semua idea beliau bagus. tak percaya tanya menteri2 yang pernah bersama mufti ini sewaktu bersama Tun Mahathir dalam lawatan ke luar negara, ada juga silap tindakan dia, dan BN masih menjaga martabat mufti.
Kerajaan Pakatan Rakyat terutama Pas telah menolak bulat-bulat fungsi dan peranan mufti dengan cadagan baru dengan mewujudkan majlis ulama negeri.Ini dinyatakan oleh MB Datuk Seri Nizxar.
Soal sembah tugu negara ialah pandangan mufti bukan di tolak terus. Meletakkan bunga dan membunyikan nafiri di tugu negara adalah ritual yang dalam ketenteraan. samalah juga membawa panji-panji. Dalam Islam juga panji perang amat dijagai kerana itu ritual, etos dan maruah negara.
Pas bijak mencari ruang untuk mengkritik kerajaan BN. Agaknya kalau Pas nampak seluar dalam Pak Lah warna biru maka Pas akan mencari hujah bahawa memakai pakaian berwarna biru adalah haram.
Seperti isu 2 adun yang cuba diperjatuhkan oleh Pakatan sendiri dan post tuan punya blog telah menulis, mereka yang khianat parti dan pengundi akan disoal di akhirat nanti, begitu lah lebih kurang bunyinya, tetapi Pas sebaliknya menyokong kes lompat parti adun Bn ke Pkr. ada dua hukum atau dua standard di sini. Bila menguntungkan semua ok. bila merugikan Pas itu haram.
Kalau isu tugu negara di besarkan bagaimana pula isu vigil? vigil merupa ritual agama kristian ortodok dan diamalkan oleh mereka sehigga ke hari ini, Vigil telah diperkenalkan oleh pihak anti Isa, dan ramai orang Islam secara sedar atau tidak telah sama-sama turut serta menjalankan ritual tersebut.
cukup setakat itu. stop
Sabor Taipingmali....apa benda hang merepek ni....berbelit-belit. direct to the point le Yop
Catat Ulasan