Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




MUNGKIN AKAN ADA PRK...MUNGKIN TAK!!!.......TUNGGU........

http://pekanawah.files.wordpress.com/2008/03/a8f0c9e769ad778656f31d8ed13fdeae.gif

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.

kerusi Pakatan kini tinggal 30 daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri Perak.Barisan Nasional (BN) hanya perlukan dua Adun berkenaan dan seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu bagi membolehkannya mengambil kuasa

Pakatan berhasrat untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi terbabit yang "dikosongkan" oleh Jamaluddin dan Osman.

Mengenai kedudukan Adun Jelapang, Hee Yit Foong,Mohd Nizar berkata "Hee masih bersama kita". - malaysiakini

0 comments: