Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dua Adun PKR Perak letak jawatan-Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

-malaysiakini

2 comments:

Emas Perak berkata...

Jamaluddin dan Osman Jailu tidak letak jawatan, Anwar perangkap guna Surat Akujanji

Lihatlah betapa gabranya Anwar. Dia menggunakan surat akujanji 2 ADUN tersebut sebagai kenyataan bahawa keduanya telah meletakkan Jawatan. Sungguh hina Anwar. Di satu sudut mengatakan hinanya Melompat Parti tapi dia mengalu-alukan Nasaruddin melompat Parti.

Jamaluddin dan Osman Jailu belum buat apa-apa pengumuman lagi. Tapi mereka telah dianiaya melalui Surat Akujanji yang Anwar paksakan kedua mereka tandatangan terdahulu. Dalam Surat Akujanji tersebut, sekiranya Melompat Parti akan dianggap Meletakkan Jawatan sebagai ADUN.

Persoalannya, adakah surat itu sah di sisi Undang-undang Pilihanraya? Anwar telah terperangkap lagi... Kelemahan Anwar ialah Cepat Melatah dan semua orang tahu kelemahannya ini.

SPR tidak akan melayan hal tersebut. Surat Yang Dipertua Dewan akan dikaji dan SPR ada hak untuk mengesahkan sendiri daripada 2 orang ADUN ini samada mereka melatakkan Jawatan ataupun tidak.

Sekarang siapa yang mengamalkan Undang-undang Anti Lompat? Anwar lah jawapannya. Sungguh hinanya Anwar ini.

Dan yang paling penting di sini. Osman dan Jamaluddin tiada pun membuat sebarang pengumuman.

Kini seorang lagi ADUN DAP akan keluar parti. Beliau ialah ADUN Jelapang.

http://perakbangkit.blogspot.com

Unknown berkata...

Betul ke surat akujanji tu?
Patut la mereka tak boleh lompat ke BN, dan terpaksalah letak jawatan ADUN terlebih dahulu.