Terkini...
Menteri Besar Perak kelihatan Ceria dan sempat mengatakan satu sidang Media bersama dengan Dato Seri Anwar akan diadakan di Kediaman Rasmi beliau.
Pelbagai Rumusan telah tersebar apapun sya mohon semua bersabar.....
Note : Majlis malam ini yang sepatutnya diadakan di Kediaman Menteri Besar telah berpindah ke Stadium Indera Mulia...Program akan bermula seawal jam 8.00 malam....
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 tahun yang lalu
6 comments:
UPDATE: 5 Feb 09 - 12:12 PM
SMS: Secara kasarnya Tuanku Sultan Perak telah memberikan perkenan penubuhan kerajaan BN Perak.
UPDATE: 5 Feb 09 - 12:00 PM
SMS: Terkini - Kesemua ADUN BN dan Bebas telah selesai mengadap Tuanku. Tuanku mahu mendengar sendiri pengakuan dari ADUN Bebas terbabit untuk menyokong BN. Tuanku akan akan buat panggil mengadap Nizar. Nizar akan mengadap Tuanku bersama Anwar. Anwar @ PKR diberitakan akan memohon injuksi mahkamah untuk membubarkan DUN Perak.
UPDATE: 5 Feb 09; 11:06 AM
SMS: TPM DS Najib selesai mengadap Sultan Perak. Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit. Najib kini berada di Ibu Pejabat UMNO Perak bagi mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri. Selepas itu Najib dijangka akan mengadakan sidang media.
(Terima kasih penulis ucapkan kepada rakan atas maklumat yang diberikan).
UPDATE: 5 Feb 09; 10:40 AM
Najib tiba mengadap Sultan Perak
05/02/2009 10:12am
IPOH 5 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional Perak tiba di Istana Kinta di Ipoh pada pukul 9.49 pagi ini untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. — Bernama
Sumber: Utusan Malaysia, 5 Februari 2009.
Nama 2 orang calon MB iaitu dari Blanja dan Pangkor semakin disebut-sebut antara calon MB Perak. Najib masih lagi berada dalam Istana Kinta dan para penyokong BN menunggu di luar istana dan pejabat UMNO, menurut sms yang dihantar oleh rakan penulis di Perak.
UPDATE: 5 Feb 09; 8:53 AM
Menurut maklumat (khabar angin @ cakap2 politik) dari dalam Kerajaan Negeri Perak ada 2 nama calon MB. Zaim (Blanja) dan Zamri Kadir (Pangkor).
Najib akan membawa 2 nama calon ini mengadap Tuanku Sultan untuk mohon perkenan.
UPDATE: 5 Feb 09; 8:40 AM
Dato' Seri Najib Razak akan menghadap Tuanku Sultan Perak di Istana Kinta untuk mohon perkenan Sultan bagi BN menubuhkan kerajaan.
Nama Menteri Besar akan diumumkan sejurus mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.
UPDATE: 4 Feb 09; 11:05 PM
Berikut kedudukan kerusi terkini:
BN = 28 (setelah Dato' Nasaruddin kembali kepada UMNO)
Bebas = 3
PR = 28
ADUN Bebas terdiri daripada:
Jamaludin Mohd Radzi (PKR - Behrang)
Osman Jailu (PKR - Changkat Jering)
Hee Yit Foong (DAP - Jelapang)
Nota: Behrang & Changkat Jering TIDAK menyertai BN sebaliknya kekal sebagai ADUN Bebas.
POSTING ASAL: 4 Feb 09
Penulis mendapat maklumat (khabar angin?) dari rakan rapat di Perak. Kedudukan kerusi di Perak sudah berubah.
Behrang dan Jelapang telah dikatakan telah keluar dari Pakatan Rakyat dan memilih untuk tidak menyertai mana-mana parti. Changkat Jering pun diura-urakan akan Bebas.
[Behrang & Changkat Jering dikatakan sudah pun menyertai BN.]
Dan 2 lagi ADUN DAP akan menuruti langkah yang sama. ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin pula kembali ke pangkuan UMNO, dan beliau kini berada di Kuala Lumpur bersama Dato’ Seri Najib.
Sidang Media MB Perak (dikatakan untuk tujuan pengumuman pembubaran DUN) pula ditunda berikutan tiada perkenan Sultan.
Jika perkembangan ini sahih, maka kedudukan kerusi sudah memihak kepada BN. BN 28 kerusi, PR 27 manakala Bebas 4.
Kerajaan Pakatan rakyat Perak bakal runtuh? Sama-sama nantikan perkembangan terbaru.
Apa nak jadi ni Sya, seorang keluar senyum melebar, seorang keluar ceria je.....macam cerita Raja Melayu bayar ufti buah-buahan pada Raja Siam je. Takkan Sultan buat kerja tu. Sapa yang bawak deroyan teruk le. Ada nampak Nizar bawak apa tadi. Najib lain le le dia bawak serbuk C4 je.
dulu masa bota masuk kat hampa tak de pun kata nak baling kasut, siap bagi hamparan lagi. Ihhhhh.. kesian....
siapa Mb?.. kesian
Nizar kena keluar?... kesian
pas parti penipu?,, kesiannnnn
Spekaer cakap berbelit... iissss kesiannnn
PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT DI IPOH PETANG INI DATANG BERAMAI - RAMAI
PETANG KHAMIS INI - 5 hb FEB 2009
SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA
AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH
PADA JAM 3.00 PETANG - SEMUA BERKUMPUL
PADA JAM 7.00 MALAM - PROGRAM ANGKAT BARANG MASUK KE DALAM LORI
PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MEGIRINGI BEKAS MB KELUAR RUMAH MENTERI BESAR UNTUK BALIK KE KAMPAR BERSAMA-SAMA 3 BIJI LORI BARANG
SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG
Anak Kuala.. ketika Bota jadi katak.. PR tak jemput pun.. tiada wang ringgit di janjikan.. ingat 2 ekor katak tuh ader kes rasuah.. BPR (Kini SPRM) kata bukti mereka kukuh.. orang UMNO pun cakap cam tuh.. tak tahu pulak kalau orang BN hilang ingatan..
dulu hangpa sokong dia sebab dia geng hangpa. kenapa jilat ludah balik. Umno kini terpengaruh dengan cakap-cakap tok guru yang alim tu bahwa mereka tu tak bersalah. jadi umno ikutlah kata dia. Tak kan nak marah umno pulak ikut kata nik aziz. kalau dulu hangpa kata dia bersalah anta patut buang dah dia. Kenapa simpan. Habis manis sepah dibuang
Catat Ulasan