Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kita Harus Terus Bertahan!!!!!


Enam sebab mengapa kita perlu bertahan.

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5.Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.


http://bloggersnetworkmalaysia.com

5 comments:

EQUILIBRIUM berkata...

sya,

boleh ke bloggers perak dapatkan perlembagaan negeri perak. teman dengor husam musa cakap speaker masih kekal apabila sidang dun mula bersidang utk sessi baru nanti.

kalau perkara ini benar...sakit jiwa le adun amno nanti. mcm mana deme nak pecat speaker? ada cara ke?

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

untuk pengetahuan paloi speker Dun dilantik mengikut perlembagaan.Speker Dun menjadi Speker Dun selama 2 penggal..ini bermakana hanya undi tidak percaya sahaja yang boleh menyingkirkan speker Dun jika tak Speker Dun itu masih kekal.

Ini bermakana kerajaan HARAM UMNO/BN tetap berspekerkan speker dari pakatan rakyat...

MEMANG DAH GILER SO BUAT MACAM MANA PUN TETAP SAMA...

EQUILIBRIUM berkata...

seronok teman dengor kalau begitu. kalau amno ingat depa boleh mainkan rakyat perak, nanti suruh je speaker tu tolak semua usul adun amno muahahahaha

EQUILIBRIUM berkata...

sya,

satu lagi ingatkan dgn pakatan jgn bagi najib culik speaker kita. nanti takut jadi mcm bala. sampai la ni tak muncul2.

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

tuhan tetap memberi bantuan kepada kita...jangan risau Tuan Speker kini dalam keadaan baik..