Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




PAS Cadang Bubar Parlimen-malaysiakini

Parti PAS mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula daripada memperkenalkan undang-undang melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, Umno tidak perlu mengadakan undang-undang itu semata-mata untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada melompat parti. "Pada asasnya saya setuju, tetapi lebih baik mereka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula bagi menentukan integriti Umno dan Barisan Nasional di mata rakyat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Soal menggubal undang-undang baru untuk menghalang perbuatan melompat parti menjadi tumpuan ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat dan Pakyat minggu lalu. Husam yang juga Ahli Exco Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan agar diperkenalkan satu undangundang bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti yang bertujuan menjamin kestabilan politik.

Beberapa pemimpin Umno berpendapat cadangan itu perlu dilihat secara serius dengan mengambil kira senario politik semasa. Menurut Husam, isu memperkenalkan undang-undang melompat parti demi menyelamatkan diri oleh Umno itu tidak akan berjaya menarik sokongan rakyat yang telah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sehubungan itu, katanya, satu mandat baru perlu diadakan semula bagi mengembalikan integriti dan kewibawaan Umno pada pandangan masyarakat serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

0 comments: