Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




SOROTAN HARI INI...

Antara beberapa kenyataan MEDIA :

'Jiwa pada BN'

Sementara itu, Adun Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu berkata walaupun beliau kini merupakan anggota bebas di DUN Perak tapi jiwanya adalah pada BN.

"Bebas tapi jiwa pada BN," katanya.

Mohd Osman berkata beliau akan memainkan peranan sebagai anggota bebas yang mesra pada BN di DUN Perak.

Beliau yakin dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan sebagai anggota bebas kerana tidak dikekang oleh mana-mana parti.

Mohd Osman menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini.


CALON MB PERAK BELUM DIFIKIRKAN LAGI,KATA ZAHID...

“Itu belum difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Pak Lah tetapi kita ada 28 calon sekarang ini,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu di sini hari ini. - Bernama

NASARUDDIN SERTAI SEMULA UMNO UNTUK KERAJAAN PERAK..


“Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama

KENYATAAN BAGINDA SULTAN PERAK MELALUI MENTERI BESAR PERAK...

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Sya :

Pelbagai kenyataan dikeluarkan,sehingga ada yang mula nak BERMAHARAJALELA....Namun SABAR dulu kerana Keputusan dari BAGINDA SULTAN belum dikeluarkan....Dan Ingat hari Esok masih ada dan semua dalam PERANCANGAN ALLAH SWT!!!

FIKIR-FIKIRLAH.......

2 comments:

PAPA GOMO berkata...

KESIAN ADIK SYA HARI NI...
MESTI TAK CUKUP TIDOR NYA...
MAKAN NTAH TIDAK TU...

ABG GOMO MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI DARI PERAK.

EMMM...
AGAK-AGAK SYA SULTAN PERKENAN TAK PEMBUBARAN DUN DAN DIADAKAN PILIHANRAYA SEMULA???

ABG GOMO RASA SULTAN TAK PERKENANKAN.
MUNGKIN SULTAN DAH MUAK DENGAN PERMAINAN PAKATAN RAKYAT YANG NAMPAK TIDAK MENJAGA MELAYU DAN TANAH MELAYU.

ISU TANAH YANG DIBERI PADA PENDATANG CINA SEHINGGA 999 TAHUN JUGA SULTAN DAH SENTUH!!!

APA-APA PUN ADIK SYA MEMANG BERANI...

EQUILIBRIUM berkata...

ya memang ikut perlembagaan pakatan masih kerajaan sah hingglah Sultan Azlan umumkan selepas najib mengadap hari. teman pun harap Sultan perkenankan pembubaran dun.

walaupun hati teman tak kata begitu. tapi tunggu sajalah. kalau sudah takdir begini pakatan masih ada 4 tahun untuk menguatkan perpaduan. pengalaman 11 bulan mentadbir negeri denagn keadaan juga satu pengalaman berharga yg tidak pernah bn alami.

teman percaya semua ini ada hikmahnya. kita jadikan semua ini satu pengalaman. jika sebelum ini saya percaya sampai kiamat pun bn akan menjadi kerajaan. tapi pru 08 menunjukkan Allah lah penentu segalanya.