Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Bingkisan Drama ‘Kehilangan’ Dua ADUN Perak

Semalam saya di Bukit Mertajam, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya. Ada majlis Kong Xi Fa Cai, pelancaran cawangan parti, majlis perkahwinan dan jamuanPastinnya sibuk lantaran drama “kehilangan” dua ADUN Perak. Maka majlis terganggu dengan deringan telefon dari pimpinan PKR Perak, MB Datuk Seri Nizar dan pimpinan PAS serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpnan DAP.

Semua keenam-enam ADUN Perak termasuk Datuk Nasaruddin menemui saya di Yayasan Aman, Penanti. Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai.

Ulasan saya mengenai episod terbaru;

Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Datuk Seri Najib terlibat secara langsung! Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan UMNO-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Datuk Nasa di Bota!

Kedua, PM Datuk Seri Abdullah kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka kedalam UMNO walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!

Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Datuk Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.

Akhirulkalam, kita yakin inshaallah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak.

ANWAR IBRAHIM

1 comments:

Hasbullah Pit berkata...

Kusangkankan MB Perak & LIm guan Eng telefonmu.