Aku cuba juga tunggu kot-kot ada berita dari Malaysiakini atau dari Bernama tentang apa yang dibincangkan oleh Nizar dengan Tuanku Sultan. Tapi tak dak. Saja aku tunggu pasai kalau aku dulu pecah lubang, orang kata aku saja buat cerita. Tapi pasai sapa pun tak cerita, dan aku pun dah tak larat nak beli top-up pasai masing-masing dok tanya…aku kena cerita jugak.
Pagi tadi Nizar mengadap Sultan. Perkara utama yang dibincangkan ialah kesahihan (validity) surat perletakan jawatan dua ADUN PKR. Baginda Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kalau baginda kata surat tu tak sah..melopong la Nizar. Tapi apabila baginda bersetuju bahawa surat itu sah dan boleh diterima….maka bersedia lah dengan pilihanraya kecil. Dan petang tadi, Anwar, Dr. Haron Din, Nizar ada bermesyuarat. Apa yang dibincang tak tau la, tapi berkisar dengan pilihanraya kecil. Dan apabila mesyuarat PKR petang tadi menyuruh semua jentera pilihanraya bersiap sedia…faham-faham la.
Sekarang ni, cuma tunggu apa SPR kata. Esok SPR akan bermesyuarat dan tunggu keputusanya. Dipihak PR, kita bersedia dengan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang, TAPI KALAU SPR TIDAK MAHU MENERIMA SURAT PERLETAKAN JAWATAN ITU, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK AKAN DIBUBARKAN.
-PerakExpress.com
Sya sokong 100 %....
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan