KB: Tindakan berani dilakukan Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim benar-benar mengejutkan Umno sehingga terpaksa memancing dua Adun KeADILan bagi mengembalikan maruah parti itu di Perak.Malah usaha 'mengurung' dua wakil rakyat Pakatan Rakyat sebenarnya sudah berlaku terhadap Adun PAS di Kelantan pada 1968, apabila lima Adun PAS 'diculik' selama sebulan bagi menumbangkan kerajaan negeri.
Namun usaha terancang yang dilakukan di Kelantan dengan kerjasama pihak keselamatan gagal menggugat kerajaan PAS ketika itu apabila mereka hanya sekadar membuat pengisytiharan palsu.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, Umno didapati begitu resah dengan tindakan dilakukan Adun Bota sehingga semua orang mahu bercakap pindaan antilompat parti.
"Kalau Umno rasa intergriti mereka sudah hilang dan ramai wakil rakyat mereka nak lompat parti sehingga terpaksa buat undang-undang lompat parti, lebih baik bubar parlimen dan buat pilihan raya umum yang baru.
"Buat apa nak sekat orang nak pindah parti dengan buat undang-undang lompat parti.
Mereka yang lompat parti juga sudah tahu Umno sudah goyah. Kalau tak goyah kenapa mereka lompat parti," katanya di sini semalam.
Isu dua Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu di Perak yang dikatakan dipancing Umno menghangatkan lagi pergolakan politik di negeri tersebut.
Hari ini Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi Dun Changkat Jering dan Behrang.
Bagaimanapun Adun terbabit menafikan telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai Adun. Mereka menjelaskan surat letak jawatan yang menjadi isu sekarang ditandatangani 8 Mac tahun lalu.
Bagaimanapun Husam berkata, PAS pada asasnya bersetuju dengan undang-undang anti lompat parti dan bukannya bertujuan menghalang mana-mana wakil rakyat untuk melompat, sebaliknya mengosongkan kerusi mereka dan boleh bertanding semula.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan berkata, rakyat Malaysia harus berfikir jalan keluar dan tidak semestinya bergantung kepada Umno sahaja.
"Sekiranya Umno menemui 'ajal' kita harus mencari platform baru. Banyak dah parti yang lama berkuasa sebelum ini jatuh dan tidak mustahil Umno juga akan jatuh dalam masa terdekat," katanya. / Harakah
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa bersalaman dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan