Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Nasharudin: Saya Tetap Dengan PKR - malaysiakini

TERKINI: Menurut sumber, Adun Bota, Nasharuddin Hashim akan mengadakan sidang media di rumahnya di Bota Kiri pagi esok bagi menjelaskan kedudukan dan pendirian sebenarnya berkenaan tawaran beliau menjadi Menteri Besar Perak yang baru jika dua Adun PKR tersebut melompat ke BN.

Seorang pimpinan PAS Parit memaklumkan, Ketua Bahagian PKR Parit, Usaili Alias mengesahkan Nasharuddin Hashim akan tetap bersama parti itu sekalipun terdapatnya tawaran menjadi Menteri Besar. Pagi esok katanya, Nasaharuddin akan memaklumkan pendiriannya itu kepada media.

Perkembangan lain, Anwar Ibrahim dikatakan mengesahkan bahawa terdapatnya usaha gigih dari Najib Tun Razak untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada masa sekarang. Beliau menghubungi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin ketika berlangsungnya ceramah menyambut kemenangan PAS Kuala Terengganu di Tanjung Belanja, Parit malam tadi.

Selain Nizar yang berceramah, Setiausaha Politiknya, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Malam tadi, lebih 10,000 orang hadir mendengar amanat Anwar Ibrahim dan Nasharuddin Hashim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan.

Sementgara itu di Kuala Lumpur terdapat desas-desus yang menyebut semua Adun BN Perak akan mengadakan pertemuan khas bersama Najib Tun Razak di ibu negara. Tempat dan masa tidak diketahui tetapi ia akan dilangsungkan pagi esok dan dipercayai membincangkan strategi mereka untuk menubuhkan kerajaan baru, jika dua exco dan dua Adun DAP berjaya "dibeli" melompat BN.

-SANGGAHTOKSAGO.COM

2 comments:

PAPA GOMO berkata...

ASALAM...ADIK SYA...

EMMM TAK SYOK BETUL ISU LOMPAT MELOMPAT NI.
BAIK DARI UMNO ATAUPUN PAKATAN.

LEBIH ELOK SEKIRANYA PENGUNDIAN SEMULA DIADAKAN.

BIARLAH RAKYAT YANG MENETUKAN....

PANDANGAN SYA???

ABG GOMO MEMANG TAK SETUJU SANGAT DALAM ISU LOMPAT PARTI NI.

pemerhati sepi berkata...

Aku percaya bagaimana pun UMNO tidak akan bangkit di Perak semula.. kerana Perak bukan UMNO punya.. Perak, Rakyat punya.. Bangun rakyat Perak pilih parti yang benar mendokong kamu.. bukan mendokong mereka yang mementingkan diri sendiri.. TAHNIAH ke atas EXCO yang letak jawatan tersebut.. selepas ini mungkin tidur anda pasti LENA.. (yer ker...?).. Pikirlah mana ada pemimpin parti yang membalas dendam atas kekalahan mereka dengan menjadikan orang melayu berpecah belah seperti UMNO.. contohnya sudah ada JKKK ada pula JKKP.. agensi kerajaan pusat tidak boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri.. UMNO lah PARTI yang menjahanamkan MELAYU.. Sombong dan ego.. bantahan PPSMI pun tak nak dengar.. rosak bahasa melayu.. UMNO lah yang telah membunuh banyak parti melayu yang lain sebelum merdeka.. putar belitkan sejarah perjuangan melayu.. Rakyat Perak.. ingat IBRAHIM YAAKOB orang yang mula-mula memperjuangakan kemerdekaan pada 1938 dengan Kesatuan Melayu Muda bertitik asas di Maktab Perguruan Sultan Idris, Kuala Kangsar dan ditubuhkan di KL.. KMM diburukan oleh UMNO.. Ibrahim Yaakob dihina begitu sahaja.. mendakwa tali barut jepun.. UMNO juga lah parti yang banyak merampas tanah orang melayu.. UMNO lah cakap tak serupa bikin pasal ISLAM (isteri pemimpin sendiri pun tidak menutup aurat..) Ingat Rakyat Perak.. Pilihlah mereka yang benar-benar mendokong kamu dan keluarga kamu.. ALLAHHUAKBAR..