Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tidak perlu pilihan raya kecil, PAS cadang judicial review terhadap SPR

KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS akan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat agar membuat penyemakan kuasa undang-undang (judicial review) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran tindakannya menolak permohonan Speaker Dun Perak agar diadakan satu pilihan raya kecil di Behrang dan Changkat Jering.

Peguam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada mesyuarat bersama yang akan diadakan segera ekoran keputusan SPR.

"Kita akan failkan segera permohonan itu di mahkamah jika Pakatan bersetuju dengan cadangan ini," kata beliau kepada Siasah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan wujud kekeliruan tentang surat perletakan jawatan dua Adun di Perak - Behrang dan Changkat Jering - oleh itu mereka memutuskan kedua-duanya sehingga kini kekal sebagai Adun dan pilihan raya tidak perlu diadakan.

Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan demikian ekoran dari mereka menerima dua surat iaitu satu dari Speaker Dun Perak yang memaklumkan kedua-duanya meletakkan jawatan manakala dua surat lagi dari kedua-dua Adun berkenaan yang menafikan mereka meletakkan jawatan.

Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu, Adun Behrang dan Changkat Jering menghantar surat kepada SPR memaklumkan surat perletakan jawatan mereka yang diserahkan oleh Speaker tidak berkuatkuasa.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker Dun Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.
(Gambar: Pengerusi SPR dengan timbalannya dalam sidang media hari ini)

SUMBER SIASAH...

4 comments:

taipingmali berkata...

Tuan blog..
Kalau Spr telah memberi kata putus untuk menolak permohonan speaker Perak atas alasan kesahihan diragui dan kedua-dua masih kekal sebagai wakil rakyat, maka jalan yang paling mudah ialah membunuh kedua adun tersebut atau kerajaan Perak membubarkan kerajaan.

Mungkin Pas sangat bersetuju untuk membubarkan kerajaan, cuma Dap amat takut kehilangan kuasa di Perak. Mereka mempunyai banyak agenda yang masih dalam perancangan.

TokJanggut berkata...

Sabor Taipingmali....tulis jangan sebarang tulis....komen Tuan boleh dijadikan motif jika kedua-dua adun didapati dibunuh....tolong jangan menyusah tuan Blog

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

TAIPINGMALI NAK JADI PEMBUNUH PULAK KE...SABAR INGAT TUHAN..SETIAP YANG BERLAKU AKAN ADA PENYELESAIANNYA...SABAR

PAPA GOMO berkata...

EMMMM ADA MOTIF SI KOMUNIS-KOMUNIS DAP NI...

KEADAAN SEMAKIN GOYAH...

PAS SEMAKIN TERTEKAN DARI PENYOKONGNYA YANG INGINKAN NIZAR DISINGKIRKAN DARI MB.

PAS JUGA MENGATUR JALAN BAGI MENGHALANG DAP MENGEKALKAN KERUSI DI DUN PERAK.

PAS ADA AGENDA NYA TERSENDIRI...
PKR ADA AGENDA NYA JUGA...
DAP MASIH BERJUANG DALAM MERAMPAS TANAH MELAYU.....

KITA ORANG ISLAM DAN MELAYU???